| Demonstrasi membantah serangan terbaru Israel dan Konsert Rihanna |
|
|
|
| Written by Kamaruzaman Mohamad | |
| Tuesday, 03 February 2009 | |
|
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (pemudawilayah) akan mengadakan
satu demontrasi aman dihadapan Bangunan Celcom di Jalan Raja Muda Abd
Aziz pada 6 Februari 2009 selepas solat Jumaat bagi membantah konsert
Rihanna berikutan serangan terbaru Israel di Gaza.
Pemudawilayah sebelum ini telah menghantar satu memorandum bantahan, walaubagaimana pun pihak Celcom yang menjadi penaja dan penganjur bersama enggan membatalkan konsert ini.
Serangan terbaru Israel di Gaza yang
disokong oleh Amerika seharusnya mendapat perhatian seluruh rakyat
Malaysia dan usaha memboikot produk Amerika termasuklah artis mereka
seperti Rihanna perlulah diadakan secara serius.
Oleh itu
pemudawilayah mengajak NGOs seperti JIM, ABIM, Hizbu Tahrir, GPMS, Aman
Palestine, Dewan Pemuda Masjid, PPIM, Pewaris, Gamis, SMM, GMI, Jerit,
Food Not Boms dan sebagainya termasuk pemimpin parti-parti politik
untuk turun bersama bagi mendesak pihak Celcom membatalkan konsert
Rihanna.
Seandainya konsert Rihanna berjaya
dibatalkan, dijangkakan ianya akan memberikan satu liputan meluas
diseluruh dunia bagi mengambarkan seriusnya Umat Islam memboikot produk
dari Amerika.
Oleh itu kesatuan NGO dan pemimpin
politik amatlah dialu-alukan bagi memberikan tekanan kepada Amerika
untuk menyekat serangan tentera Israel di Gaza yang sekarang ini telah
mencabuli penjanjian gencatan senjata yang di umumkan bulan lepas.
Tindakkan Perdana Menteri Turki, Recep
Tayyip Erdogan yang baru-baru ini memalukan Presiden Israel, Simon
Peres di Davos seharusnya disambung dengan usaha memboikot segala usaha
yang ada kaitan dengan Israel termasuklah konsert Rihanna ini.
Sekian. Terima kasih.
Kamaruzaman Mohamad
Ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan |
| < Prev | Next > |
|---|


