| Bukit Gantang: 10,000 dengar Amanat Mursyidul Am, Presiden PAS |
|
|
|
| Written by Johari Jaafar | |
| Tuesday, 10 March 2009 | |
|
TAIPING, 10 Mac - Hujan renyai-renyai yang turun di
sekitar jam 9.00 malam tidak menghalang 10,000 penyokong Pakatan Rakyat
membanjiri kawasan ceramah di Simpang, Taiping untuk mendengar amanat
Mursyidul PAS PAS, Dato' Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS,
Dato' Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Pelancaran Gerak Kerja Pilihan
Raya Parlimen Bukit Gantang pada 8 Mac lalu.
Turut memberikan amanat di majlis itu, Menteri Besar Perak yang sah,
Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin, Naib Presiden PAS yang juga
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang, Ketua Dewan Muslimat
PAS Pusat, Ustazah Nuridah Ahmad, Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri
Perak dari DAP, Nga Kor Ming, Adun Aulong, Yew Tian Hoe, dan Yang
Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Nordin Jaafar.
Dato' Nik Aziz dalam amanatnya meminta para pengundi di kawasan
Bukit Gantang agar bijak berpolitik dalam menentukan pemimpin yang
bakal dipilih nanti.
Umno katanya, bukan sahaja tidak boleh diharapkan membela agama
dan orang orang Melayu, bahkan parti itu sendiri menderhakai Raja Raja
Melayu melalui beberapa siri penderhakaan yang dilancarkan parti
'Assobiyah Melayu' itu.
Antaranya termasuklah dalam isu menghapuskam imuniti Raja Raja Melayu, tindakan penyokong Bekas Menteri Besar Terengganu yang
menghina Sultan Terengganu dan pelbagai siri penderhakaan terhadap Raja Melayu.
Program pada malam tadi juga berjaya menghimpunkan seluruh
penyokong dan petugas-petugas Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil
Bukit Gantang.
Pelancaran gerak kerja pilihan raya yang dilancarkan Mursyidul
Am PAS itu bermakna bermulalah gerak kerja pilihanraya Parlimen Bukit
Gantang.
Selepas ini Bukit Gantang yang mempunyai tiga DUN dan 38 daerah mengundi akan didatangi oleh beribu-ribu petugas Pakatan Rakyat
dari seluruh negara.
Nik Aziz meminta pengundi di kawasan tersebut agar tidak membuat
kesilapan dengan memilih calon BN, sewajarnya calon PAS yang mewakili
Pakatan Rakyat menjadi pilihan pengundi di kawasan ini sebagai tindakan
'mengajar' BN yang bertindak zalim apabila merampas kuasa rakyat di
negeri Perak.
"Pilihan raya kali ini menjadikan Bukit Gantang sebagai ukuran
pengaruh yang sebenar kepada Pakatan Rakyat dan BN," kata Nik Aziz.
|
| < Prev | Next > |
|---|


