Halaman Utama
Senator PAS, Mumtaz angkat sumpah penggal kedua PDF Print E-mail
Written by Wartawan Kita   
Tuesday, 07 July 2009
 
 
Dari Parlimen KUALA LUMPUR, 7 Julai - Awal persidangan Dewan Negara semalam, tiga senator daripada Pakatan Rakyat, masing-masing daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS semalam mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan bagi tempoh tiga tahun.
 
 
Mumtaz Md Nawi dari Parti Islam Semalaysia (PAS) dilantik semula bagi penggal kedua mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh pagi semalam.


Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat merupakan senator wanita tunggal mewakili Negeri Kelantan dan PAS bagi tempoh sehingga Jun 2012.


Terdahulu PAS pernah diwakili tiga orang senator wanita di Dewan Negara. Wan Ubaidah Wan Omar yang kini Adun Kijang merupakan exco Kerajaan Negeri Kelantan dan Siti Zailah Mohd Yusof kini anggota Dewan Rakyat mewakili Parlimen Rantau Panjang.


Dua lagi Senator PAS di Dewan Negara ialah Dato' Haji Ahmad Rusli Bin Hj. Iberahim (Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan) dan Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin (Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Kedah).


Mumtaz yang ditemui selepas majlis angkat sumpah itu berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri Kelantan kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk menggalas satu tanggungjawab yang berat dengan misi membawa mesej Islam di Dewan Negara.


Dua lagi yang mengangkat sumpah pada majlis yang sama, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim, 75, dan Setiausaha PKR Pulau Pinang, Mustafa Kamal Mohd Yusuff, 56, kedua-duanya dilantik oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
 
Next >