Halaman Utama
Ahli PAS diseru sertai demo anti-ISA PDF Print E-mail
Written by Wartawan Kita   
Friday, 17 July 2009
 
KUALA LUMPUR, 17 Julai - PAS menyokong penuh langkah Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang bakal mengadakan Himpunan besarnya bagi mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos 2009 di Istana Negara.


 
Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad semalam, menyeru ratusan ribu ahli PAS agar menyertai demonstrasi besar membantah Akta tersebut untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, awal bulan depan.


"Sehubungan dengan itu semua ahli PAS diminta untuk hadir memberikan sokongan terhadap perhimpunan ini," katanya


Dalam kenyataannya itu, beliau meminta Ketua-ketua Penerangan Negeri dan PAS Kawasan mengadakan siri-siri ceramah dan edaran risalah penerangan berhubung kezaliman Akta ISA serta mengajak lebih ramai rakyat untuk menghadiri Himpunan ini.


Tambahnya, PAS turut mengajak semua NGO dan Individu yang prihatin untuk turut sama menunjukan kebersamaan anda bagi memastikan pihak Kerajaan memansuhkan Akta ISA yang sering dijadikan alat politik segelitir pihak yang berkepentingan untuk menakutkan rakyat.


Pada 22 Jun lalu, GMI secara rasmi mengumumkan perhimpunan itu dengan mensasarkan jumlah "sekurang-kurang menyamai jumlah mereka yang menyertai perarakan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih)", dua tahun lalu.


Maklumat berhubung demonstrasi itu boleh diperolehi di blog himpunanmansuhisa.wordpress.com, kain rentang, poster dan risalah di seluruh negara.
 
< Prev   Next >