|
PAS Ucap Takziah pada keluarga Beng Hock, Reman Pegawai SPRM |
|
|
|
|
Written by Ketua Penerangan PAS Pusat
|
|
Friday, 17 July 2009 |
|
Kenyataan Media : PAS Ucap Takziah pada keluarga Beng Hock, Reman Pegawai SPRM
PAS Pusat mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock diatas tragedi yang menimpa beliau selepas di soal siasat selama 11 jam oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.
Kini ramai yang mempersoalkan sebab kematian Beng Hock yang
sepatutnya mendaftarkan perkahwinan beliau pada hari ini. Oleh itu PAS
mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat kematian Beng Hock secara
terperinci sama ada beliau benar-benar terjatuh secara sengaja atau
tidak, atau pun ada pihak lain yang menyebabkan kematian beliau.
PAS
memandang serius kes ini dan berharap agar semua pegawai SPRM yang
terlibat dalam siasatan ke atas Beng Hock digantung tugas dan direman
untuk soal siasat. Begitu juga saksi-saksi lain yang menjadi orang
terakhir melihat beliau.
PAS mahu SPRM bekerjasama
membersihkan nama mereka jika benar tiada pegawainya yang terlibat
dalam kes kematian Beng Hock ini. PAS tidak mahu isu ini menjadi satu
ketakutan buat rakyat dan memburukkan imej institusi penguatkuasaan
negara.
Diharapkan pihak berkuasa dapat menyiasat
perkara ini dengan telus dan satu Suruhanjaya Penyiasat Bebas perlu
diwujudkan kerana ia melibatkan kematian orang awam yang ada hubung
kait dengan organisasi Awam.
Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
|