| Pemuda PAS ucap syabas kepada pasukan bolasepak Malaysia |
|
|
|
| Written by Dewan Pemuda PAS Pusat | |
| Monday, 20 July 2009 | |
|
KUALA LUMPUR, 20 Julai - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengucapkan syabas dan tahniah diatas
persembahan pasukan bolasepak Malaysia dalam perlawanan persahabatan
dengan Manchester United yang berkesudahan 3-2 Sabtu lalu.
"DPPP juga merakamkan sekalung tahniah diatas kegigihan pemain
serta jurulatih dan pasukan Malaysia memberikan saingan sengit kepada
pasukan Juara Liga Perdana Inggeris itu," kata Mohd Sany Hamzan, Ketua
Jabatan Kesenian Kebudayaan dan Sukan (DACS) DPPP.
Katanya, komitmen dan disiplin yang ditunjukkan oleh pemain
pasukan Malaysia membuktikan pasukan bimbingan jurulatih K Rajagopal
mampu mempamer keazaman dan semangat juang yang tinggi berdepan dengan
pasukan yang dibarisi bintang ternama dunia tersebut.
Katanya, DPPP juga berharap pasukan Malaysia akan memberikan
saingan yang lebih sengit dalam perlawanan persahabatan kedua yang
dijangka diadakan pada malam ini.
"Rakyat Malaysia juga diharap dapat memberikan sokongan yang padu terhadap pasukan Malaysia pada malam ini," ujarnya.
|
| < Prev | Next > |
|---|


