| PAS beri amaran, jangan 'Melayu'kan SPRM dan Polis |
|
|
|
| Written by Irwan Muhammad Zain | |
| Tuesday, 21 July 2009 | |
KUALA LUMPUR, 20 Julai - PAS memberi amaran kepada
pemimpin-pemimpin Umno agar tidak 'Melayu'kan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub menegaskan, pemimpin Umno sepatutnya
menjaga imej dan integriti SPRM dan polis bukannya menjadikan kedua-dua
institusi tersebut kuda tunggangan mereka.
Beliau juga menegaskan, pemimpin Umno sepatutnya tidak
menjadikan kematian misteri Teoh Beng Hock di pejabat SPRM Selangor
sebagai isu perkauman kerana tidak kira Melayu, Cina atau India jika
berlaku kematian ia melibatkan kehilangan nyawa rakyat Malaysia.
"Kita (PAS) beri amaran kepada pihak-pihak tertentu agar tidak
'Melayu'kan SPRM dan Polis dan jangan jadikan kematian Teoh sebagai isu
perkauman.
"Pemimpin Umno dan BN sepatutnya menjaga imej dan integriti
SPRM dan polis dan tidak menjadikan kedua institusi ini kuda tunggangan
mereka," tegas Salahuddin.
Beliau seterusnya menegaskan, usaha beberapa pihak yang cuba
menyalahkan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai melemahkan orang Melayu
bila menuntut keadilan di atas kematian Teoh, sebenarnya telah
menjatuhkan maruah orang Melayu.
Lebih buruk lagi, tegas Salahuddin bila ada pihak yang cuba menjadikan isu ini sebagai isu perkauman.
Beliau menyifatkan usaha menjadikan kematian Teoh sebagai isu
perkauman dengan tujuan membangkitkan kemarahan kaum Cina terhadap
orang Melayu sebagai satu tindakan terdesak BN yang semakin hilang
sokongan.
Umno-BN, tegas beliau masih lagi leka dengan budaya politik perkauman
yang lapuk sedangkan rakyat sudah pun beralih ke politik baru yang
tidak membezakan mana-mana kaum sebaliknya lebh mementingkan
kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.
|
| < Prev | Next > |
|---|


