|
Ustaz Hassan Shukri Kembali ke Rahmatullah |
|
|
|
|
Written by Jabatan IT PAS Pusat
|
|
Monday, 14 June 2010 |
|
Sebagaimana yang telah dilaporkan di dalam portal media Harakahdaily , Bekas Timbalan Presiden PAS yang kita sayangi, Ustaz Hassan Shukri telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 2
petang sebentar tadi.
Allahyarham Ustaz Hassan masih terus
berjuang sehingga Allah s.w.t. memanggil, di mana Allahyarham Ustaz
Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana
menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada
malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am
di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di
Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.
Seluruh warga PAS
mengucapkan takziah kepada keluarga Allayarham. Semoga roh
Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang
yang soleh. Semoga semangat juang Allahyarham dapat kita teladani dan
warisi. Al Fatihah
|
|
Last Updated ( Monday, 14 June 2010 )
|