| Ribut Musnahkan Markaz PAS - Cawangan Jerantut Feri |
|
|
|
| Written by Webmaster PAS Pusat | |
| Thursday, 22 November 2007 | |
|
Ribut yang melanda sekitar Jerantut baru-baru ini memusnahkan harta benda penduduk termasuk Markaz PAS Cawangan Jerantut Feri, dekat sini.
Ribut yang melanda sekitar Jerantut baru-baru ini memusnahkan harta benda penduduk termasuk Markaz PAS Cawangan Jerantut Feri, dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang 20 November itu, Markaz PAS berkenaan hampir ranap dihempap pokok yang tumbang. Naib Ketua PAS Cawangan berkenaan, Haji Mustapha Harun berkata, pihaknya menganggarkan kerugian sekitar RM20,000 kerana kemusnahan itu hampir memusnahkan keseluruhan bangunan Markaz. Katanya ribut memang jarang berlaku disini dna kejadian ini adalah yang pertama kali malangnya ia memusnahkan Markaz PAS pula. “Angin kencang / ribut memang jarang berlaku disini dan seingat saya inilah pertama kali berlaku dalam tempoh 5 tahun, malangnya ia memusnah Markaz PAS pula,” ujarnya. Sehubungan itu, pihak PAS Cawangan menubuhkan ‘Tabung Markaz’ bagi mengumpul dana untuk membiayai kerja membaik pulih bangunan yang musnah itu. Markaz PAS Jerantut Feri adalah diantara mercu tanda PAS yang berada disekitar Jerantut, Markaz itu pernah menjadi tuan rumah kepada rombongan Expedisi Jelajah Pahang 2006 anjuran Badan Perhubungan Negeri selaian menjadi pusat ceramah dan aktiviti rutin parti. Kepada mereka yang ingin membantu PAS Cawangan berkenaan membina kembali Markaz yang musnah itu bolehlah menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam bernombor 06-055-02-017769-05 diatas nama Haji Abdul Rauf Hussein atau hubungi talian 019-9108019 (Haji Rauf) untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Petikan : Sidangonline.net
|
| < Prev | Next > |
|---|
Hrkh 


