Halaman Utama
Azizan Akui Tak Lagi Sebebas Dahulu PDF Print E-mail
Written by Bernama   
Thursday, 10 April 2008
ALOR STAR,  "Jika sebulan lepas, setiap pagi saya akan pergi minum kopi di warung dan berbual dengan semua orang tetapi sekarang sudah tidak boleh buat lagi dan tak bebas macam dulu," kata Azizan Abdul Razak yang hari ini genap 30 hari menjadi Menteri Besar Kedah ekoran kemenangan PAS di negeri itu pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.
Azizan, yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dan lebih dikenali sebagai Ustaz Azizan, mengakui beliau kehilangan kebebasan hidup sejak menjadi Menteri Besar kerana terpaksa menjalani kehidupan yang mempunyai protokol.
 
"Saya sekarang masuk kerja pukul 8 pagi dan pulang tak tentu masa dan tak ada lagi masa nak pergi pasar untuk membeli ikan, memilih makanan di kedai makan dan minum di warung kopi kerana sibuk untuk bekerja," katanya kepada pemberita di sini hari Rabu.
 
Azizan berkata walaupun tugas sebagai Menteri Besar adalah sesuatu yang baru tetapi beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerja kerana mendapat sokongan daripada semua pihak.
"Saya mendapat kerjasama daripada semua pihak terutamanya kakitangan kerajaan", katanya.--BERNAMA
Last Updated ( Friday, 11 April 2008 )
 
< Prev   Next >