| Langkawi Sasar Tarik Lebih Ramai Pelancong Dari India |
|
|
|
| Written by Bernama | |
| Thursday, 10 April 2008 | |
|
LANGKAWI,-- Langkawi kini mensasarkan untuk menarik
lebih ramai pelancong dari India ke pulau lagenda ini dengan
memperhebatkan promosi produk dan perkhidmatan mesyuarat, insentif,
konvensyen dan pameran (MICE), kata Pengurus Pelancongan Lembaga
Pembangunan Langkawi (LADA) Megat Shahrul Azman Abas.
Beliau berkata LADA dengan kerjasama Persatuan
Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) serta hotel
akan memperhebatkan promosi ini kerana banyak syarikat antarabangsa
India yang boleh membawa pengusaha ke pulau ini untuk menjayakan MICE
di samping melancong.
"Langkawi
juga mempunyai kemudahan mencukupi untuk tujuan ini serta penginapan
hotel bertaraf lima bintang," katanya di sini hari ini.
Megat
Shahrul Azman berkata lebih 200 anggota dari rangkaian televisyen India
telah melawat Langkawi bulan lepas untuk membuat pengambaran
dokumentari keindahan pulau itu untuk ditayangkan di negara berkenaan.
Sementara itu katanya 53 pengusaha ejen pelancongan terkemuka Rusia sedang melawat Langkawi selama empat hari mulai semalam.
Beliau
berkata, lawatan itu memberi peluang kepada pengusaha pelancongan Rusia
mengenali Langkawi dengan lebih dekat kerana mereka akan dibawa melawat
tempat menarik termasuk Langkawi Geopark.
|
|
| Last Updated ( Friday, 11 April 2008 ) |
| < Prev | Next > |
|---|


