Thursday 17th of May 2012

news blog logo
news menu leftnews menu right

Lagi Artikel Muktamar ke-57 >>>


« Back to Inbox 1 of 1055 Older › Pilihanraya Masjid, Umno Berpenyakit
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad   
TUESDAY, 14 JUNE 2011 11:38

 


Apabila Kerajaan Pakatan Rakayat Pulau Pinang memperkenalkan pemilihan jawatankuasa masjid ala pilihanraya, Umno yang bersikap berpenyakit bebal cuba eksploit isu ini dengan harapan supaya orang melayu semakin marah dengan Pakatan Rakyat kerana mempolitikkan masjid.

Pada hal pemilihan ini adalah cara sahaja berubah, dulu angkat tangan sekarang hendak dibuat ala pilihanraya.Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 adalah mengikut Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan 4(1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (negeri Pulau Pinang).

Tatacara baru itu memberikan hak kepada anak kariah untuk mencadangkan jawatankuasa masjid masing-masing kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.Selepas tarikh pencalonan ditutup Selasa lalu, 193 daripada 200 masjid sudah menghantar senarai pencalonan masing-masing yang membuktikan majoriti kariah menerima pakai tatacara pemilihan diperkenalkan. Malah, ada masjid mengadakan kompromi di kalangan ahli kariah masing-masing untuk mengelak berlakunya pertandingan.

Memang Umno anti pembaharuan, kerana selama ini mereka berfikiran jumud dan zero IQ. Sebab itu setiap pembaharuan yang dibuat selain daripada Umno ia akan ditentang secara melulu, walaupun akhirnya mereka akan meniru. Rakyat Malaysia tentu masih ingat ketika Kerajaan Kelantan memperkenalkan hari bekerja selama lima hari seminggu, pemimpin Umno menuduh kerajaan Kelantan malas dan akan merendahkan produktiviti. Tidak berapa lama kerajaan pusat mengikut jejak langkah yang sama.

Mereka akan manipulasi isu ini untuk menuduh kerajaan Pakatan Rakyat menimbulkan kecelaruan kepada orang Islam. Apa yang paling kelakar mereka berhujah kenapa kuil dan gereja tidak ada pemilihan ahli jawatankuasa seperti pemilihan ahli jawatankuasa masjid.

Sebenarnya Umno hendak melindung kerja jahat mereka terhadap institusi masjid di bawah kerajaan Barisan Nasional. Pemilihan yang tidak demokratik, ia hanya dipilih oleh pemimpin Umno bukan anak kariah. Perlantikan bukan ahli masjid, yang tidak layak dari segi peribadi untuk imarahkan masjid. Tetapi oleh kerana ia dibinkan dengan Umno maka semua boleh. Kita boleh lihat masjid di negeri Umno dan Pakatan Rakyat dari segi imarah. Masjid di negeri Umno mati sebelum ahli kariah mati.



Ustaz Idris Ahmad

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

 
Tarif Elektrik Naik, Pemimpin BN Main Silap Mata
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad   
TUESDAY, 31 Mei 2011 17:52


Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kerajaan BN bermain silap mata dengan rakyat isu kenaikan tarif elektrik . Sedangkan pada 25 Mei 2011 kabinet memutuskan minyak RON 95  tidak naik dengan alasan prihatin kerajaan kepada rakyat. Tiba-tiba rakyat dikejutkan dengan pengumuman kerajaan mengenai kenaikan tarif letrik 7.12% bermula 1 Jun 2011.

Baca lagi...
 
BN MENANG, BARANG NAIK
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad   
MONDAY, 30 Mei 2011 12:03

 

Kerajaan BN gagal untuk menjalankan tugas  menjaga kepentingan rakyat. Pemimpin sudah lari daripada tanggungjawab sebenar sebagai  seorang pemimpin kepada rakyat. Sepatutnya sebagai pemimpin yang menjadi khadam rakyat perlu mencari formula bagaimana hendak menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat.

 

Baca lagi...
 
Belia Malaysia Tidak Akan Menyokong Kerajaan Yang Menyusahkan Rakyat
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad   
MONDAY, 30 Mei 2011 11:49

 

Permintaan Datuk Seri Najib meminta bantuan belia untuk mempertahankan Putrajaya sebagai lambang keresahan BN untuk menghadapi mahkamah rakyat di dalam pilihanraya akan datang. PAS yakin belia Malaysia bukan hidup zaman gua yang terputus maklumat. Belia Malaysia yang merupakan orang aktif dengan media baru yang sentiasa terdedah dengan maklumat sebenar.

Baca lagi...
 
Harga minyak naik jika BN terus perintah
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad   
SATURDAY, 28 Mei 2011 18:57


Kenyataan Datuk  Seri Najib Razak yang mengumumkan harga RON 95 kekal, menandakan BN goyang, Pakatan Rakyat kuat. Menjadi kelaziman kepada mana-mana pemimpin dunia yang tidak prihatin kepada rakyat akan tersentak bila hampir pilihanraya dalam negara mereka.

Baca lagi...
 
Umno Takut Rakyat Bermaklumat
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad   
WEDNESDAY, 25 Mei 2011 23:21


Umno takut rakyat bermaklumat kerana ia akan menjadi bom jangka untuk menumbangkan Umno. Perkara ini diluahkan oleh Datuk Dr Fuad Zarkashi Ahli Majlis Tertinggi Umno selepas  merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja Shah Alam.

Baca lagi...
 
« MulaSebelum12345678910SelepasAkhir »

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Muat Turun

Facebook

Program

No events

Harakah Digital

TV PAS

Tetamu

Kami ada 56 tetamu atas talian



Copyright © 2009 @ Laman Rasmi PAS Pusat. PENAFIAN : PAS Pusat adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini. Dibangunkan oleh Jabatan IT PAS Pusat