Kenali PAS
Info PAS
| Kertas Kerja |
| Video PAS |
Keahlian PAS
Pautan
WEBTV1
klik laman WEBTV PAS
Arkib
| JANGAN BERI SOKONGAN TERHADAP GOLONGAN YANG ZALIM |
|
|
|
| Ditulis oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsudin | |||
| MONDAY, 03 MARCH 2008 22:44 | |||
|
كُنتُمْ
خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ
وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ
الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ
وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ Kalian (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang ditampilkan bagi (faedah) umat manusia umumnya, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang segenap perkara yang salah (buruk dan keji), di samping kamu beriman kepada Allah (dengan keimanan yang sebenar). Dan seandainya Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu lebih baik untuk mereka. (Tetapi sayang) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
Pendahuluan
Umat Islam menjadi umat terbaik di sisi Allah kerana
mereka menyuruh yang ma’ruf dan mencegah kemunkaran di samping mereka
beriman kepada Allah.(Ali Imran 110) Dengan perkataan lain kerana
mereka menjadi pengikut ajaran Islam yang syumul dan merangkum berbagai
aspek kehidupan. Mereka menegakkan keadilan dalam diri, dalam
keluarga , bangsa dan negara. Mereka menjadi saksi tentang kehadiran
rahmat Allah kepada semua manusia melalui penampilan ajaran yang paling
bertamadun iaitu ajaran Islam. Mereka golongan yang
sentiasa menjauhkan diri dari kejahatan dan kemunkaran justeru
kemunkaran menjatuhkan martabat dan maruah sesuatu bangsa dan umat
Kemunkaran yang paling lumrah
adalah melakukan kezaliman , merampas hak orang ramai atau rakyat ,
menafikan kebenaran , menghalang dakwah Islamiah dan menurut ajaran
ajaran bid’ah dan palsu dalam politik dan budaya, memanjarakan rakyat
tanpa pengadilan dan sabit kesalahan, merampas kedaulatan rakyat dengan
penipuan dalam pilihanraya umum dan lain-lain . Semua perbuatan tersebut iadalah merupakan perbuatan aniaya yang mesti dihindari
oleh orang Islam. Ini kerana kezaliman itu seperti mana yang dinyatakan
oleh Rasulullah ialah kegelapan pada hari kiamat kelak. Baginda
bersabda: Hindarilah kezaliman kerana kezaliman itu adalah
kegelapan pada hari kiamat kelak. Hindari sifat kikir kerana sifat
bakhil tersebut telah memusnahkan orang-orang sebelum kamu; sehingga
tergamak mereka menumpahkan darah sesama sendiri dan menghalalkan
kehormatan (menceroboh) sesama sendiri.. (Hadith riwayat Muslim)
Bencana Kezaliman
Kezaliman mencelakakan negara dan masyarakat.
Kejahatan kezaliman ini bukan hanya mencelakakan penzalim di akhirat
malah boleh membinasakan diri , keluarga ,negara dan masyarakat. Allah
berfirman dalam Surah al Kahfi ayat 59:
وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِدًا
Perkampungan (negara ) berkenaan Kami
musnahkan apabila penghuninya bersikap zalim dan kami tempah masa
kemusnahan (dan kehancuran) mereka. Kezaliman pemerintah atau kerajaan adalah kezaliman yang dilembagakan dalam institusi keadilan yang zalim, undang-undang yang memperkasa kejahatan dan kezaliman, pehak keselamatan yang lebih membawa kesengsaran daripada keselamatan, jentera penerangan yang lebih menyesat, menggelapkan kebenaran serta mengelirukan berbanding memberi penerangan dan kefahaman kepada rakyat. Kezaliman seperti ini lebih cepat membawa kehancuran kepada sesuatu bangsa, negara dan umat.
Kezaliman mengundang kutukan Allah. Allah berfirman dalam Surah Hud ayat 18:
وَمَنْ
أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللّهِ كَذِبًا أُوْلَـئِكَ يُعْرَضُونَ
عَلَى رَبِّهِمْ وَيَقُولُ الأَشْهَادُ هَـؤُلاء الَّذِينَ كَذَبُواْ
عَلَى رَبِّهِمْ أَلاَ لَعْنَةُ اللّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ
Siapakah yang lebih zalim daripada golongan yang mengajukan pembohongan terhadap
Allah. . Ketika golongan tersebut dipaparkan di hadapan Tuhan mereka
(untuk di adili kelak) berkatalah para saksi bahawa mereka itu adalah
golongan yang melakukan pendustaan terhadap Tuhan mereka. Memang sesungguhnya laknat dan kutukan Allah terhadap golongan penzalim.
Surah al-A’raf ayat 44
وَنَادَى
أَصْحَابُ الْجَنَّةِ أَصْحَابَ النَّارِ أَن قَدْ وَجَدْنَا مَا
وَعَدَنَا رَبُّنَا حَقًّا فَهَلْ وَجَدتُّم مَّا وَعَدَ رَبُّكُمْ حَقًّا
قَالُواْ نَعَمْ فَأَذَّنَ مُؤَذِّنٌ بَيْنَهُمْ أَن لَّعْنَةُ اللّهِ
عَلَى الظَّالِمِينَ
Penghuni syurga berkata kepada
penghuni neraka; bahawa kami telahpun menerima habuan yang dijanjikan
oleh Tuhan kami kepada kami sebagai suatu yang memang benar . (kemudian
mereka bertanya kepada penghuni neraka) adakah kalian juga mendapati
benar apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kalian. Mereka pun menjawab;
ya memang benar. Maka (ketika itu) berkemundang suara penyeru bahawa laknat dan kutukan Allah terhadap golongan yang zalim Kezaliman mencelakakan manusia lain yang menghadiri atau menyaksikannya. Bencana kezaliman ialah ia boleh melampaui peribadi orang yang zalim yang melakukan kezaliman berkenaan. Bencana dan akibat kezaliman itu juga mengenai orang yang hadir menyaksikannya dan tidak menghalang atau menyetujui kezaliman tersebut . Semua penyokong yang bersekongkol baik dekat mahupun jauh akan diseret dan dihumbankan ke neraka. Dalam teks tradisional terdapat catitan berikut:
إذا
وقفَ العبادُ على الصراطِ يومَ القيامةِ نادَى الله تعالى وقال: أنَا
الله، أنَا الملك، أنا الديان، وعِزَّتي وجلالي لا يغادرُ هذا الصراطَ
واحدٌ من الظالمين، ثم ينادِي ملَك من قِبَل الله تعالى فيقول: أينَ
الظلَمَة؟ أين أعوانُ الظلَمَة؟ أين مَن برى لهم قلمًا؟ أين مَن ناولهم
دَواةً؟ ثم تنادي جهنّمُ على المؤمنين فتقول: يا مؤمِن أسرع بالمرور عليَّ
فإنَّ نورَك أطفأ ناري.
Apabila manusia dihimpunkan pada hari kiamat dipinggir titian
Siratul Mustaqim Allah berfirman ; Akulah Allah, Akulah Raja (yang
sebenar) Akulah Dayyan ( pemilik hakiki agama ini) ; demi kemulian dan
kebesaranKu (pada hari ini ) tiada seorangpun manusia
penzalim yang dapat melepasi siratulmustaqim ini. Kemudian berserulah
seorang Malaikat di pehak Allah (bertanya); Mana dia manusia penzalim
berkenaan.? Mana juak-juak penyokong penzalim tersebut. Mana dia
pembantu yang menajamkan pena (pensil) penzalim. (wartawan upahan).
Mana dia golongan yang mangajukan dakwat untuk penzalim (menulis ).
Kemudian neraka berseru kepada orang mu’min: Wahai mukmin, ayoh
segeralah kamu menyeberangi Sirat ini kerana cahaya mu memalapkan (nyalaan lidah) apiku Suatu ketika seorang lelaki datang bertanya kepada Sufyan al Thauri: Saya ini penjahit pakaian raja (pemerintah ) yang zalim; adakah saya terjumlah dalam kalangan penyokong beliau. Sufyan al Thauri menjawab: Anda bukan golongan penyokong tapi adalah dari golongan penzalim itu sendiri . Golongan penyokong ialah orang yang menjual kepada anda jarum dan benang (untuk menjahit) Sifat cenderong menyokong kezaliman dan orang yang zalim samada dengan hati atau dengan tindakan dan perkataan akan membawa padah.Allah berfirman dalam Surah Hud ayat 113:
وَلاَ
تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا
لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ
Jangan kalian cenderung menyokong orang yang zalim; kelak kalian
akan dibakar oleh api neraka. (ketika itu) kalian tidak akan ada selain
Allah sebagai penyelamat dan kalian tidak akan mendapat apa-apa
pertolongan Kezaliman mencelakakan manusia di akhirat.
Penzalim bukan sahaja diseksa dengan azab yang
sangat pedih disamping lilitan kutukan Allah tetapi juga mereka
tersisih daripada penyokong , sahabat dan penolong. Allah berfirman
dalam Surah al Haj ayat 71
وَيَعْبُدُونَ
مِن دُونِ اللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَانًا وَمَا لَيْسَ لَهُم
بِهِ عِلْمٌ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِن نَّصِيرٍ
Mereka menyembah tuhan lain
selain Allah yang tidak pernah Allah memberi apa-apa mandat kuasa
mereka berbuat demikian malah mereka menyembah apa yang mereka sendiri
tidak ada ilmu mengenainya. Sesungguhnya golongan penzalim itu tidak akan dapat sesiapapun menjadi penolong (mereka).
Allah berfirman dalam Surah Mariam ayat 68-72
فَوَرَبِّكَ لَنَحْشُرَنَّهُمْ وَالشَّيَاطِينَ ثُمَّ لَنُحْضِرَنَّهُمْ حَوْلَ جَهَنَّمَ جِثِيًّا Demi Tuhanmu (wahai Muhammad) Kami akan himpunkan mereka semua dengan golongan syaitan dan akan Kami tampilkan mereka dengan melutut ditubir neraka. Kemudian Kami akan rentap (dan sentap) golongan penderhaka yang paling biadap terhadap tuhan yang Maha pemurah. Kemudian kami yang lebih tahu siapa yang lebih wajar dihumban dan dibakar di dalam neraka. Semua kamu pasti akan di bawa ke tubir berkenaan . Ini adalah ketentuan Tuhanmu yang azali dan pasti. Kemudian Kami akan selamatkan golongan yang bertaqwa (dari seksa neraka) dan kami akan biarkan manusia penzalim tersebut terbongkang di dalam neraka.
Kategori Penzalim
Kezaliman mempunyai berbagai kategori . Puncak kezaliman ialah perbuatan syirik kepada Allah sepertimana yang dinyatakan oleh Allah dalam Surah Luqman ayat 13:
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
Ingatlah ketika Luqman berpesan kepada putra beliau dengan katanya : Janganlah kamu (wahai anakku) melakukan perbuatan syirik kepada Allah justeru syirik (kepada Allah ) adalah suatu kezaliman yang amat besar.
Allah befirman dalam Surah al Nisa’ ayat 116:
إِنَّ
اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن
يَشَاء وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً بَعِيدًا
Sesungguhnya
Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik kepadaNya namun Dia
mengampunkan dosa selain itu bagi siapa yang Dia mahu. Barang siapa
yang syirik kepada Allah maka dia telah sesat terlalu jauh.
Dalam Surah al Baqarah ayat 114 Allah berfriman:
وَمَنْ
أَظْلَمُ مِمَّنْ مَنَعَ مَسَاجِدَ اللَّهِ أَنْ يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ
وَسَعَى فِي خَرَابِهَا أُوْلَئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَنْ يَدْخُلُوهَا
إِلاَّ خَائِفِينَ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الآخِرَةِ
عَذَابٌ عَظِيمٌ
Siapakah
yang lebih zalim daripada golongan yang menghalang masjid-masjid Allah
daripada disebut di dalamnya (zikir) terhadap nama Allah (solat) ,
malah mereka berusaha pula memusnahkan (fungsinya). Golongan penzalim
tersebut hanya wajar masuk ke masjid dalam kaadan gentar dan takut.
Untuk mereka kehinaan di dunia; manakala di akhirat disiapkan untuk
mereka seksa yang sangat besar (dan pedih).
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَادَةً عِندَهُ مِنَ اللّهِ وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
Siapakah
yang lebih zalim dari orang yang menyembunyikan syahadah (kesaksian)
yang diberikan oleh Allah kepadanya . Sesungguhnya Allah tidak pernah
alpa terhadap apa jua perbuatan (jahat) kamu.
Mengundi dalam
sistem peralihan kuasa yang benar dan adil adalah suatu kewajipan
agama. Ini kerana mengundi dan melantik pemimpin masyarakat dan negara
adalah termasuk dalam kewajiban menunaikan kesaksian seperti yang
termaktub dalam Surah al Talaq ayat 2 .
وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ ذَلِكُمْ يُوعَظُ بِهِ مَن كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا
Tidak
melaksanakan kewajipan ini adalah suatu kejahatan menyembunyikan
kesaksian yang diperintahkan oleh Allah dalam ayat tersebut. Malah
golongan yang mati dan tidak pernah membai’ah atau mengundi dan
melantik pemimpin adalah mati dalam jahiliah sepertimana yang
ditegaskan oleh Rasulullah dalam hadith baginda.:
ومن مات وليس في عنقه بيعة مات ميتة جاهلية»،
”…Siapa yang mati tapi tidak pernah membai’ah pemimpin maka matinya adalah kematian dalam jahiliah.”[i]
Selanjutnya mengundi dan melantik
orang yang tidak wajar dilantik menurut syara’ adalah juga suatu
kejahatan menyembunyikan kesaksian yang benar sepertimana yang dituntut
oleh ayat ini. Allah berfirman dalam Surah al Baqarah :283 :
وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ
Siapa yang menyembunyikan kesaksian (yang benar) maka dia adalah insan berdosa.
FirmanNya dalam surah al-Maidah ayat 106:
… وَلاَ نَكْتُمُ شَهَادَةَ اللّهِ إِنَّا إِذًا لَّمِنَ الآثِمِينَ
Kami tidak akan menyembunyikan kesaksian (kerana) Allah. (Kalau tidak) pastilah kami akan menjadi golongan yang berdosa.
Menjadi saksi palsu , menjungkir-balikkan
kebenaran menjadi kebatilan; orang yang tidak berhak mendapat hak,
manakala pemilik hak yang sebenar teraniaya adalah suatu kejahatan yang
terangkum dalam perkara ini. Syahadatuzzur adalah suatu dosa besar dalam Islam.”Dosa besar yang paling besar ialah mengajukan kesaksian palsu (Hadith riwayat Bukhari)”Allah berfirman dalam Surah al-Zukhruf ayat 19
سَتُكْتَبُ شَهَادَتُهُمْ وَيُسْأَلُونَ
Kesaksian mereka pasti akan dicatat dan mereka pasti akan ditanya (tentang kesaksian itu ) 1. Tidak menghukum dan memerintah menurut hukum dan undang-undang yang Allah turunkan .
Menghukum dan memerintah tidak berdasarkan firman dan perintah Allah dalam syari’atNya adalah suatu kezaliman . Allah berfirman dalam Surah al Maidah ayat 45:
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الظَّالِمُونَ
Siapa yang tidak menghukum dengan apa yang Allah turunkan maka mereka
Dalam
Negara umat Islam kini terdapat banyak pemerintah yang tidak
melaksanakan syariat dan undang-undang Islam, tapi mereka mendakwa
bahawa mereka adalah pelaksana Islam yang bertamadun , Islam progresif,
Islam moden dan sebagainya . Dalam masa yang sama mereka mengkhianati
amanah Allah, amanah umat dan mensia-siakan hak orang Islam yang mereka
wakili. Ini adalah musibah yang mengelirukan ramai orang sehingga
menyebabkan mereka menjadi penyokong fanatic kepada golongan zalim
tersebut.
Rasulullah bersabda:
مَن اقتطع شبرًا من الأرض ظُلمًا طوَّقه الله إياه يوم القيامة من سبع أرَضِين))
Siapa yang
merampas walau sejengkal tanah (orang lain) secara aniaya nescaya Allah
akan menghempitkannya dengan tujuh lapis (petala) tanah atau bumi pada hari kiamat kelak.
Bantuan negara sering dinafikan untuk golongan penyokong pembangkang ini. Hak
mengundi mereka dinafikan dengan penggubalan system pendaftaran
pengundi yang bermuslihat.. Akibatnya berjuta-juta pengundi umat Islam
tidak dapat ikut serta menunaikan kewajipan mereka membai’ah pemimpin
sehingga berlaku kekurangan yang kritikal dalam nisbah majoriti umat
Islam dalam negara
Pemerintah yang
melakukan kezaliman dan tidak berlaku adil kepada rakyatnya akan
diseksa oleh Allah dengan seksaan yang berat dan pedih.Rasulullah
bersabda [ii]
اشد الناس عذابا يوم القيامة امام جائر
(ابو يعلى)
Orang yang paling dahsyat diseksa pada hari kiamat kelak ialah pemerintah yang zalim.” (Riwayat Abu Ya’la).
Dalam Musnad Imam al Rubai’ diriwayatkan hadith berikut [iii] :
لعن الله المسلط على امتي بالجبروت والمستأثر بفيئها
“ِAllah
melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta
fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya”
Kini berpuluh orang ditahan di bawah ISA tanpa dibicarakan atau diadili. Berjuta-juta ringgit dikaut oleh kroni
dan keluarga penguasa secara terang-terang dan sembunyi. Kezaliman ini
akan ditanggong oleh setiap orang yang menyokong dan mengundi kumpulan
penzalim berkenaan untuk meneruskan kuasanya , walaupun mereka anak cucu nabi atau anak ulama tersohor..
Sebenarnya
terdapat banyak lagi jenis kezaliman seperti kezaliman ekonomi terhadap
umat Islam dan rakyat umum dari berbagai bangsa dan agama. Dalam
jawapan PM terhadap tuntutan HINDRAF - baru-baru ini dinyatakan bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang lebih
Sebenarnya senarai jenis kezaliman ini akan menjadi panjang berjela-jela jika hendak direntang dengan panjang lebar . Namun
dalam kesempatan ini kami paparkan sebahagian daripadanya untuk
menimbulkan kesedaran di kalangan umat dan rakyat Malaysia umumnya.
Masanya
sudah sampai untuk kita semua menamatkan era kezaliman ini dengan
melantik golongan para pemimpin yang bertaqwa, beramanah, berintegriti
dan ikhlas berjuang demi Allah untuk membela nasib rakyat termasuk umat Islam amnya dan juga rakyat Malaysia umumnya.
Mari kita beramai-ramai melakukan perubahan dalam pilihanraya yang akan datang. Allah Akbar, Allah Akbar, Allah Akbar.
24 Dec 07
[i] «من خلع يدًا من طاعة لقي الله يوم القيامة لا حجة له، ومن مات وليس في عنقه بيعة مات ميتة جاهلية»،
[ii] Lihat : Kitab Minhaj al Solihin oleh Syaikh ’Izzuddin Baliq , cetakan Darul Fikr , 1978 ,
|
|||
| LAST_UPDATED2 |








