Jum04282017

Last updateKha, 27 Apr 2017 6pm

Back Utama Pusat Ketua Penerangan Perang Siber

Perang Siber

1. Islam dan penganutnya terus menjadi sasaran. Gerakan terancang dan licik bagi membelah kesatuan ummat Islam sedang giat dilakukan. Mereka guna kaedah "divide and rule" (pecah dan perintah) bagi melemahkan kekuatan ummat Islam.

2. Senjata api mungkin dilihat tidak berkesan bagi mereka setelah mereka menilai "jarak peluru boleh sampai" dan "jumlah sasaran" dalam satu - satu masa berbanding senjata baru mereka iaitu "jaringan siber" yang mampu membunuh fikrah dan aqidah serta jumlah sasaran boleh meningkat kepada jutaan dalam satu - satu masa serangan dibuat.

3. Ini menjadi cabaran terbaru kepada para pendakwah. Mereka mesti tangkas bertindak dengan strategi "pertahan dan serang balas" yang seimbang dan sepadu.

4. Tangkas membina "fire wall" pada diri setiap muslim dan dalam masa yang sama membina "cyber net" yang luas untuk menyampaikan risalah Islam sekaligus memberi pencerahan jua menyediakan "vaksin" bagi merawat fikrah dan aqidah yang telah dijangkiti virus merbahaya seperti Libralisme dan Pluralisme melalui "jaringan beralas Islam" atas nama Jaringan Islam Liberal.

5. Mereka menyandarkan nama kumpulan mereka kepada Islam tetapi banyak tindakan mereka bertentangan dengan Islam. Inilah modus operandi Jaringan Islam Liberal.

6. Ummat Islam perlu berhati - hati. Rujuk alim ulamak dan fahami syariat Islam secara mendalam. Gerakan mereka halus dan menyerap tanpa sedar. Bagai tempias air hujan, tidak terasa di awalnya tetapi sedar tidak sedar pakaian sudah basah.

7. Begitulah fahaman liberalisme ini menyerap dan menyusup masuk melalui aliran dan gerakan pemikiran. Asasnya bermula dengan kebebasan berfikir dan akhirnya lemas dalam kekeliruan dan kejahilan sendiri.

8. Awasi Fitnah yang mengelirukan ini. Sabda Rasulullah saw dari Huzaifah Ibnu Al Yaman Rha katanya :

Maksudnya: Aku (Huzaifah) bertanya: Adakah selepas kebaikan itu akan datang pula keburukan: Sabda Rasulullah saw: Ya, fitnah buta, penyeru kepada pintu-pintu api neraka. Sesiapa yang menyahut seruan mereka akan dicampakkan dalamnya. Kata Huzaifah: Wahai Rasulullah, nyatakan sifat mereka kepada kami. Sabda Rasulullah saw: Mereka dari kalangan bangsa kita dan bercakap menggunakan bahasa kita. - Riwayat Abu Dawud dan lainnya

9. Keganasan perang siber boleh disaksikan bagaimana para pelampau siber beraksi. Bahasa mereka biadab, pena mereka lucah, keyboard mereka kotor, ayat mereka keji, hujjah mereka kosong, kenyataan mereka fitnah dan jaringan mereka jahat.

10. Perjuangan Islam kini memerlukan para pejuang atau mujahid di alam siber bagi mendepani golongan pelampau siber yang tidak berhati perut dan busuk perut pedal mereka menghina Islam dan perjuangannya. Namun Mujahid Siber wajib tampil dengan hikmah dan akhlak Islami yang tinggi meskipun dicabar dan diprovok tanpa henti oleh musuh.

Sekian