Rab04262017

Last updateSel, 25 Apr 2017 5pm

Back Utama Pusat Ketua Penerangan Sikap PAS berasas kepada Peraturan Dewan 41 (1) (e)

Sikap PAS berasas kepada Peraturan Dewan 41 (1) (e)

PAS mengambil langkah berbeza dengan pihak lain dalam memperlihatkan sikap kita terhadap Bajet dan YAB PM yang membentang bajet pada hari ini.

Ada perkara yang kita tidak setuju dalam kandungan bajet namun cara kita ialah dengan mengemukakan pandangan dan  hujjah bantah secara ilmiah dalam perbahasan. Sebagaimana ada perkara yang baik untuk rakyat dan negara dalam bajet.

Malah peraturan di Dewan Rakyat ini, jika kita tidak bersetuju pun dengan bajet, kita boleh memilih mengundi untuk menolak dalam sessi pengundian.

Sikap PAS ini juga berasas Peraturan Dewan 41 (1) (e) _masa seseorang ahli itu bercakap, semua ahli-ahli kain hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan cara kurang adab.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
21 Oktober 2016