Jum04282017

Last updateKha, 27 Apr 2017 6pm

Back Utama Pusat Ketua Penerangan PAS Rakam Takziah

PAS Rakam Takziah

Kenyataan Media Penerangan. 110
25 Oktober 2016

PAS RAKAM TAKZIAH

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Saya menerima berita berkenaan kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah pada pagi ini. Mengikut laporan tersebut, berikutan kebakaran yang berlaku itu, 6 orang maut.

Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raajiun

Mewakili PAS, kami merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa dan keluarga mangsa serta kepada semua warga Hospital Sultanah Aminah. Semoga semua dapat bersabar dengan musibah yang berlaku ini.

Kepada orang awam, saya menasihatkan agar tidak mereka-reka cerita dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar berkenaan insiden ini. Marilah sama-sama kita terus memberikan sokongan moral kepada semua yang terlibat dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Ketua Whip PAS di Parlimen YB Dato Takiyudin Hassan juga sebagai Setiausaha Agung PAS telah bangun mengemukakan usul tergempar kepada Tan Sri Yang Dipertua Dewan Rakyat tengahari ini untuk Dewan Rakyat membincangkan situasi ini.

Sekian.