Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Pusat Mursyidul Am Manifesto Perpaduan: Seruan Kepada Seluruh Ummah..!!!

Manifesto Perpaduan: Seruan Kepada Seluruh Ummah..!!!

 

MANIFESTO PERPADUAN: SERUAN KEPADA SELURUH UMMAH..!!!

IJTIMAK ANTARABANGSA PERPADUAN UMMAH 2017

Assalamualaikum wrt wbt,

SAYA bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan berbesar hati mengucapkan tahniah di atas penganjuran Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (IAPU) 2017 di Kota Bharu pada 20-22 Julai 2017. Ijtimak ini adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri Kelantan, Kesatuan Ulamak Islam Sedunia dan PAS.

Pada masa ini, Islam dengan mengalami proses kebangkitan semula setelah hampir 100 tahun kejatuhan khalifah pada 1924. Umat Islam sendiri dibelit oleh isu-isu perpecahan, penularan ideologi moden, serangan pemikiran oleh musuh-musuh pasca penjajahan dan juga usaha-usaha untuk menindas negara umat Islam. Dalaman umat sendiri terpaksa berhadapan dengan masalah kejahilan umat, kepemimpinan yang tidak berpegang dengan al-Quran dan Sunnah, kemiskinan dan penindasan serta perbalahan mazhab dan aliran. Semua ini adalah bertolak daripada hilangnya ukhuwah dan persaudaraan aqidah orang-orang Islam.

Perpaduan adalah jawapan terbaik dalam merungkai semua masalah ini, sekali gus membangunkan semula umat bagi memacu kegemilangan Islam. Atas dasar inilah, PAS menjadi tuan rumah bersama Kerajaan Negeri Kelantan dan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia bagi menganjurkan IAPU kali keempat.

Bagi pihak PAS, saya menyeru seluruh umat Islam, khususnya ahli PAS supaya menghadiri ijtimak ini sebagai dukungan ke arah menyatupadukan umat Islam dalam era kebangkitan ini. Jangan ada di kalangan kita yang terlepas daripada menghadiri ijtimak antarabangsa yang julung-julung kalinya kita adakan di Kelantan ini.

Inilah Penyelesaian Kita

HAJI HASHIM JASIN
Mursyidul Am PAS
23 Syawal 1438 / 17 Julai 2017