Sab08192017

Last updateJum, 18 Ogs 2017 8pm

Back Utama Pusat Setiausaha Agung Kenyataan Media PAS Pusat: Presiden PAS Memulakan Prosiding Fitnah Terhadap Pengasas Dan Editor Sarawak Report Di Mahkamah Tinggi London

Kenyataan Media PAS Pusat: Presiden PAS Memulakan Prosiding Fitnah Terhadap Pengasas Dan Editor Sarawak Report Di Mahkamah Tinggi London



KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT
PRESIDEN PAS MEMULAKAN PROSIDIN FITNAH TERHADAP PENGASAS DAN EDITOR SARAWAK REPORT DI MAHKHAMAH TINGGI LONDON


1) YB. Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, telah memfailkan suatu prosiding fitnah(defamation proceedings) di Mahkhamah Tinggi London dan telah menyerahkan Saman(Claim Form and Particulars of Claim) terhadap Clare Rewcastle Brown, Pengasas dan Editor Sarawak Report yang berpengkalan di London.

2) Saman yang diambl oleh Presiden PAS adalah untuk mendapatkan sejumlah Gantirugi(damages) dan suatu Perintah Injuksi(injuction order) berikutan penyiaran satu artikel dalam website Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang bertajuk  "As Najib Denies All Over 1MDB, Let's Not Forget His Many other Criminal Connections - COMMENT".

3) Artikel tersebut termasuklah kenyataan yang boleh difahami bahawa Presiden PAS secara peribadi telah menerima atau mendapat atau meluluskan penerimaan sejumlah besar rasuah daripada Perdana Menteri Najib sebagai pertukaran untuk berkompromi dalam hal pendirian politik PAS.

4) Segala tohmahan-tohmahan tersebut adalah sesuatu yang tidak benar sama sekali. Tohmahan dan dakwaan rasuah seumpama ini jelas merosakkan dan menjejaskan reputasi seseorang seperti Presiden PAS, yang amat komited dengan proses demokrasi sejak sekian lama di mana falsafah politik serta segala tindak tanduk beliau jelas menggambarkan beliau berpegang teguh kepada prinsip-prinsip dan ajaran Islam.

5) YB Presiden PAS dalam tindakan ini telah melantik dan mengarahkan peguamnya yang berpengkalan di London, CARTER-RUCK untuk menghantar "Letter of Complaint" kepada MIss Rewcastle Brown pada akhir tahun 2016, hanya untuk meminta agar artikel tersebut dibuang dan menyiarkan pernyataan mohon maaf(apology). Namun Miss Rewcastle Brown telah gagal sama sekali untuk memberi respon kepada aduan tersebut, sebaliknya telah membuat beberapa kenyataan awam(public statements) yang merumitkan lagi keadaan.

6) Dengan mengambil kira keadaan fitnah yang amat berat ini, Presiden PAS tidak akan membiarkan tohmahan fitnah ini berlalu begitu sahaja tanpa dicabar, dengan demikian tiada pilihan lain melainkan mengambil tindakan Mahkhamah di Mahkhamah Tinggi London, bagi membetulkan keadaan yang  dengan teruknya menjejaskan reputasi beliau di Malaysia, dan Singapura, begitu juga di England dan Wales.

 

Terima kasih.

Dato' Takiyuddin Hassan,
Setiausaha Agung.

Bertarikh: 27 April 2017.