Kha05252017

Last updateKha, 25 Mei 2017 4am

Jabatan SRITI Terima Anugerah Jabatan Mencapai Scorecard Sempena Muktamar Tahunan DPPWP

Jabatan SRITI di bawah kepimpinan Ustaz Abu Bakar bin Abdul Rahman telah genap 2 tahun melaksanakan gerak kerja pembangunan sekolah rendah integrasi teras Islam. Bermula seawal sesi kepimpinan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan 2015-2017, Jabatan SRITI telah berjaya menubuhkan dua buah sekolah SRITI (penuh) serta 2 kelas SRITI. 

Selain daripada kerja keras pengarahnya, SRITI WP turut digerakkan oleh seluruh jawatankuasa yang sangat komited dalam melaksanakan tanggungjawab ini iaitu, Subhi Marzuki, Mirzan Mohamad, Mohd Sholihin dan Mohd. Azzar Ismail.

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam telah mendapat perhatian banyak pihak terutamanya ibu bapa yang sangat pentingkan pendidikan agama buat anak mereka. Kebanyakan pelajar yang berdaftar adalah daripada pelajar PASTI, namun tidak dinafikan permintaan kemasukan juga tinggi daripada pelajar yang bukan berlatarbelakangkan PASTI.

Kurikulum bersepadu Kaffah yang menjadi teras kepada pembelajaran SRITI merangkumi aspek aqidah dan ilmu. Pelajar bukan sahaja belajar ilmu dunia, tetapi mereka juga akan diberikan pendedahan secara langsung tentang konsep aqidah dan tauhid kepada Allah yang seterusnya akan melahirkan pelajar yang soleh, pintar, rabbani dan murabbi.