Sab02252017

Last updateJum, 24 Feb 2017 8pm

Ketua Muslimat PAS Serdang Seru Turun Himpunan 355

BANGI:  Ketua muslimat PAS Serdang, Puan Hamsatul Hamzah menyeru seluruh wanita Islam terutama yang berada di parlimen Serdang untuk turun beramai-ramai ke Padang Merbok pada hari Sabtu ini.

Beliau berharap agar wanita Islam lebih cakna dengan isu rang undang-undang (RUU) 355 kerana terdapat hukuman yang berkaitan maruah seorang wanita didalamnya.

"Saya menyeru dan berharap agar semua wanita terutama wanita Islam untuk berhimpun di Padang Merbok pada 18 Februari nanti".

"Perhimpunan ini penting kerana ia adalah salah satu usaha kita menyedarkan masyarakat untuk meningkatkan maruah mahkamah syariah dalam sistem perundangan Malaysia terutamanya hukuman yang berkaitan hak dan maruah wanita Islam".

"Turunlah beramai-ramai dalam menyatakan sokongan pada RUU355 ini kerana ia juga tanda kita mempertahankan hak seorang wanita Islam dalam perkara berkaitan isu ibu tunggal, pelacuran dan perjudian.

Himpunan RUU355 akan diadakan di Padang Merbok bermula jam 2.30 petang sehingga jam 11 malam dengan pelbagai pengisian untuk memberi kefahaman rakyat berkenaan hak mahkamah syariah dan pindaan RUU355.