Rab07262017

Last updateRab, 26 Jul 2017 4pm

Back Utama Berita/Kenyataan DUPP Khutbah Jumaat : Beriman Kepada Allah Dan Kufurkan Taghut

Khutbah Jumaat : Beriman Kepada Allah Dan Kufurkan Taghut

 

Khutbah Jumaat
Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Beriman Kepada Allah dan Kufurkan Taghut
11 Jamadil Akhir 1438 (10/03/2017)

Wahai hamba-hamba Alllah, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintahNYA dan meninggalkan segala larangannya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan (bagi kehidupan dunia sehingga akhirat) ialah bertakwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita mendengar pengampunan daripada Allah SWT:

(Maksudnya) : Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan tali yang amat kukuh yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi maha mengetahui. Surah Al-Baqarah 256.

Beriman kepada Allah SWT disimpulkan di dalam kepercayaan setiap orang yang beriman dengan yakin kepada Allah SWT dan menolak segala yang lain daripada Allah SWT yang dinamakan Taghut, yang melampaui batas Allah SWT. Itulah dakwah Rasul-rasul dan para Anbia’ AS serta pengikut-pengikut mereka sehingga hari kiamat. Ditegaskan oleh Firman Allah SWT :

 

(Maksudnya) : Dan sesungguhnya kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka) hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut. Surah Al Nahl 36.

Taghut itu ialah Iblis dan pengikut-pengikutnya dalam kalangan manusia dan jin yang mengaku dirinya menjadi Tuhan dengan meletakkan sifat-sifat Tuhan pada dirinya dan meletakkan perkara yang hanya menjadi milik Allah SWT pada dirinya, samada kalangan yang melantik dirinya menjadi Tuhan seperti Firaun, kalangan yang sombong dan melawan perintah Allah SWT melihat nikmat Allah SWT seperti Iblis serta kalangan manusia dan makhluk yang dilantik supaya disembah dan dipuja menjadi menjadi Tuhan yang lain daripada Allah SWT. Atau mereka yang berlagak mengetahui perkara yang ghaib, memberi ilmu pengetahuan, mengetahui perkara yang yang akan datang seperti Allah SWT, tidak seperti Rasul-rasul yang menerima ilmu daripada Allah SWT, tetapi ilmunya sendiri. Atau mereka yang mengadakan hukum syariat atau undang-undang yang bercanggah dengan hukum syariat Allah SWT, mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT.

(Maksudnya) : Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?. Surah As-syura 21.

Kalangan yang memuja pemimpin-pemimpin yang mengadakan hukum sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT menyebabkan berlakunya kerosakan dan kemusnahan di atas muka bumi. Allah telah menyebut:


(Segala puji bagi Allah Tuhan yang Mentadbir seluruh alam ini)

 

(Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang). Melimpah ruah nikmat dan rahmat-Nya yang tidak terhingga semuanya membawa kebaikan kepada makhluk-Nya.

Allah SWT mengadakan sempadan halal dan haram yang merupakan batas-batas tiap-tiap makhluk, tidak boleh melanggar batas itu. Kalau melanggar batas itu bermakna melampau yang merosakkan diri sendiri dan merosakkan orang kain.

Kita menyaksikan dunia pada hari ini terlalu banyak mereka yang melampaui batas Allah SWT bukan sahaja dalam ibadat yang diketahui oleh umum. Mereka menyembah manusia, patung dan berhala termasuk di dalam urusan kehidupan mereka. Mereka memandai-mandai mengadakan peraturan sendiri yang melanggar batas-batas Allah SWT. Mereka melakukan makan minum, pergaulan, pakaian dan semua cara hidup melanggar batas-batas Allah SWT.

Walaupun Rasul-rasul AS yang berakhir dengan Nabi Muhammad SAW menyampaikan peringatan Allah SWT, hanya sedikit sahaja manusia yang mendengar dan menerima dengan fikiran yang betul dan waras kerana Allah SWT. Kebanyakan manusia tidak menggunakan fikiran dengan betul menyebabkan kerosakan pada diri mereka sendiri dan alam keliling mereka.

Allah SWT memberi amaran bahawa kehidupan manusia di alam dunia adalah sementara waktu. Semua tindak-tanduk mereka dicatat dan akan dikira atau ditimbang pada hari kiamat, sejauh mana mereka mengikut jalan Allah SWT atau melanggar jalan Allah SWT. Barang siapa yang kufur dan melakukan derhaka terhadap Allah SWT, maka celaka di dunia dan derhaka di hari akhirat.


(Maksudnya) : Allah pelindung orang-orag yang beriman; dia mengeluarkan mereka daripada kegagalan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindung mereka ialah Syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. Sural Al-Baqarah 257.