Rab06282017

Last updateSel, 27 Jun 2017 12pm

Back Utama Berita/Kenyataan DUPP Transkrip Ucapan Sokongan Bagi Meminda Akta 355 , Oleh; Syeikh Dr Hamman Sa'id

Transkrip Ucapan Sokongan Bagi Meminda Akta 355 , Oleh; Syeikh Dr Hamman Sa'id

TRANSKRIPSI UCAPAN SOKONGAN BAGI MEMINDA AKTA 355
oleh
Syeikh Dr Hammam Sa'id 
Bekas Muraqib Aam, Ekhwan Muslimin Jordan,
bertarikh Sabtu 18 Mac 2017

 

1. Menjadi satu kewajipan ke atas umat Islam berusaha untuk berhukum dengan Syariat Allah, Rabb (Tuhan) semesta alam dalam kehidupan berpolitik, bermasyarakat, berekonomi dan perundangan jenayah mereka.

 

2. Allah Taala berfirman dalam Kitab-Nya bermaksud:

"Maka Demi Rabb (Tuhan) kamu! Mereka tidak beriman sehinggalah mereka menjadikan kamu sebagai hakim pengadilan dalam perkara yang menjadi pertikaian sesama mereka kemudian mereka tidak merasai dalam diri mereka sebarang rasa tidak selesa terhadap apa yang kamu putuskan dan mereka menyerah diri sepenuhnya." Surah al-Nisa' ayat 65

 

3. Pihak yang paling utama dituntut untuk melaksanakan hukum-hakam Allah dan Syariat-Nya ialah Dewan-Dewan Perundangan Rakyat di negara-negara Islam.

4. Justeru, Wakil Rakyat sebagai anggota badan perundangan adalah wajib ke atasnya berusaha ke arah melaksanakan Syariat Allah dan berusaha melaksanakan hukum-hakamnya selepas ianya menjadi undang-undang dalam masyarakatnya.

5. Allah Taala berfirman maksudnya:

"Itulah dia batasan-batasan Allah. Dan sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, Dia masukkannya ke dalam syurga-syurga yang mengalir dari bawahnya sungai-sungai dalam keadaan mereka kekal di dalamnya dan itulah sebenar-benar kejayaan besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya dan melampaui batasan-batasan-Nya, Dia masukkannya ke neraka dalam keadaan dia kekal di dalamnya dan baginya seksaan yang sangat menghina."
Surah al-Nisa ayat 13-14.

6. Rakyat Malaysia beragama Islam yang telah melepasi zaman penjajahan Britain lebih daripada 60 tahun, rakyat Malaysia ini, ya, telah mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, namun pada hari ini ia memerlukan satu langkah baru untuk mengesahkan dan menegaskan kemerdekaan ini. Penegasan terhadap kemerdekaan ini berlaku menerusi perundangan dan menerusi usaha berhukum dengan Syariat Allah dalam kehidupannya.

7. Rakyat Malaysia muslim yang kita lihat menjadi penolong dan pembantu kepada umat Islam dalam pelbagai isu mereka di seluruh dunia merupakan rakyat - dengan izin Allah - yang berhak untuk diperintah dengan Syariat Allah. Rakyat ini merupakan penolong dan pembantu bagi setiap orang yang mendendangkan pelaksanaan Syariat Allah.

8. Saudara-saudara kita dalam Parti Islam Semalaysia (PAS) yang telah dimuliakan oleh Allah bagi memikul tanggungjawab dan bebanan dakwah Islam ini, di bawah kepimpinan Syeikh Abdul Hadi Awang - moga Allah ganjari beliau dengan sebaik-baiknya -, Parti ini yang hari ini memimpin satu usaha perjuangan di Parlimen bagi meminda Akta 355 yang menjadi penghalang kepada pelaksanaan sebahagian hukum-hakam Syariat Islam,

 

9. Saya menyatakan bahawa : menjadi kewajipan ke atas semua wakil rakyat Islam, malah juga wakil rakyat bukan Islam untuk mengambil pendirian bersama-sama parti ini meminda Akta 355 ini dan juga untuk secara beransur-ansur ke arah pelaksanaan Syariat Allah agar Malaysia menikmati agama dan Syariat Allah.

 

10. Kita memohon kepada Allah untuk rakyat muslim ini agar Allah bukakan untuk mereka pintu-pintu rahmat dan agar Allah jadikan mereka sebagai contoh ikutan bagi masyarakat Islam yang lain.

 

Sekian.

Terjemahan diusahakan oleh:
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat.

Dr Hammam Abdul Rahman Said, menjawat jawatan tertinggi iaitu Ketua atau Muraqib Aam, Ekhwan Muslimin bagi 2 penggal sejak 2008 - 2016.
- Beliau juga bekas Ahli Parlimen Jordan 1989-1997.
- Dilahirkan pada tahun 1944.
- Diiktiraf sebagai tokoh ulamak Jordan di bidang Hadis.
- Beliau merupakan bekas Ahli Akademik yang pernah menjawat jawatan Profesor di Fakulti Syariah, University of Jordan sebelum dipilih sebagai Ahli Parlimen.

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/77-berita/ruu355/838-transkripsi-ucapan-sokongan-meminda-akta-355