Rab08232017

Last updateSel, 22 Ogs 2017 6pm

Back Utama Berita/Kenyataan DUPP Khutbah Jumaat : Musibah Yang Melanda Umat Islam

Khutbah Jumaat : Musibah Yang Melanda Umat Islam

Khutbah Jumaat
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi

Musibah Yang Melanda Umat Islam
10 Rejab 1438 (07/04/2017)

 

Wahai hamba-hamba Allah bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah bertaqwa kepada Allah.

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan kamu dalam keadaan orang-orang islam.

Saudaraku muslimin yang dirahmati Allah.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya musibah yang paling besar berlaku terhadap umat islam pada hari ini adalah musibah syariat Allah SWT tidak dilaksanakan didalam kehidupan mereka yang telah diperintahkan oleh Allah SWT didalam Al-quran Al-karim :

Maksudnya : dan hendaklah engkau menjalankan hukum diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyikasa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhya kebanyakkan dari umat manusia itu adalah orang-orang yanga fasik. [surah Al-maidah : 49]

Musibah ini lebih besar daripada musibah yang mengorbankan nyawa dan lebih besar daripada musibah yang merosakkan harta benda. Musibah ini yang menyebabkan umat islam jauh daripada petunjuk Allah SWT dan jauh dariapada keberkatan yang dijanjikan oleh Allah SWT untuk dikurniakan kepada umat ini.
Umat islam yanga melalui zaman yang penuh musibah ini sejak daripada hilangnya kerajaan dan pemerintahan islam daripada tangan meraka. Hukum hakam islam tidak dilaksanakan dan syariat islam diabaikan. Lahirlah daripada kalangan umat islam, golongan yang hanya bernama dengan nama islam, tetapi memusuhi ajaran islam. Inilah musibah yanga melanda umat pada hari ini.

Akan tatapi, kegelapan yang melanda umat itu tidak selama-lamanya diberikan oleh Allah SWT kerana janji Allah SWT melahirkan dan menjaga agama ini walaupun dibenci oleh musuh-musuh islam. Firman Allah di dalam Al-quran Al-karim :

Maksudnya : mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayanya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka ( akan yang demikian).
[surah As-Saff : 8]

Kebangkitan islam berlaku semenjak daripada kejatuhan kerajaan dan pemerintahan islam yang terakhir. Usaha-usaha yanga dilakukan oleh para ulama dan pejuang-pejuang islam tidak henti-henti membimbing dan menyedarkan umat islam untuk kembali beramal dengan islam yang diturunkan oleh Allah SWT keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW.

Di negara kita Malaysia, syariat islam adalah merupakan syariat yang diamalkan sejak sekian lama. Sejarah membuktikan, kerajaan-kerajaan kesultanan islam yang memerintah tanah melayu ini memerintah dengan syariat islam secara keseluruhannya. Bukti didalam kanun melaka dan batu bersurat Terengganu dilaksanakan didalam masyarakat islam.

Setelah datangnya penjajah dengan benci dan dendam yang ada didalam diri mereka disamping kealpaan dan kejahilan yang ada didalam diri umat islam, bumi bertuah ini dijajah, syariat islam dicabut dan hukum hakam islam tidak dilaksanakan lagi. Maka benarlah berlaku apa yang telah diberikan amaran oleh Nabi SAW di dalam satu hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Daripada Abu umama Al-Bahili R.A berkata : telah bersabda Nabi SAW :

 

Maksudnya : dimana sesungguhnya simpulan yang mengikat ajaran islam akan dirungkai (dirombak) satu demi satu (satu selepas satu) maka setiap kali dirungkai nescaya orang ramai terpaksa bergantung dengan ikatan simpulan yang masih ada lagi. Maka yang mula-mula dirungkai ialah perkara hukum (Allah) dan yang paling akhirnya ialah sembahyang.
[Riwayat Imam Ahmad]

Inilah yang disaksikan oleh umat islam pada hari ini. Setelah datangnya penjajah merungkai hukum hakam islam dengan meletakkan perlembagaan baharu walaupun dikekal dan diletakkan padanya islam adalah agama persekutuan. Akan tetapi hukum hakam islam dipenjara dan diabaikan serta tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya didalam masyarakat umat islam.

Lalu berlakulah usaha secara berterusan untuk memartabatkan kembali hukum hakam islam melalui proses mengikut peraturan-peraturan yang di amalkan didalam negara daripada tahun 1965 sehingga tahun 1984 syariat islam yang diamalkan di mahkamah syariah di naik tarafkan daripada hukuman yang serendah-rendahnya ditinggikan walaupun tidak setaraf sebagaimana yang dituntut didalam Al-Quran Al-karim dan sunnah Nabi SAW.

Usaha ini diteruskan kembali sehinggalah saat yang bersejarah yang berlaku pada 9 rejab 1438 bersamaan 6 april 2017 satu usul yang dibentangkan didewan rakyat iaitu rang undang-undang 355 atau RUU 355 untuk menaiktaraf mahkamah syariah daripada hukuman-hukuman yang sedia ada kepada hukuman yanga lebih tinggi.

Maka berkumandanglah suara-suara yang menentang daripada kalangan bukan islam yang memusuhi islam. Bahkan juga daripada kalangan orang-orang yang mengaku islam yang sanggup diperalatkan oleh musuh-musuh islam. Mereka menimbulkan berbagai-bagai syak wasangka dan kearguan-keraguan hukuman-hukuman ini akan terkena pada bukan islam, supaya hukum hakam islam ini dibenci oleh orang-orang bukan islam sedangkan Allah SWT menegaskan didalam Al-quran Al-karim :

 

Maksudnya : oleh itu kalau mereka datang kepada mu, maka hukumlah diantara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpalinglah dari mereka dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun dan jika engkau menghukum maka hukumlah diantara mereka dengan adil ; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. [ surah Al-Maidah : 42]

Inilah keadilan syariat islam, bukan syariat untuk memaksa orang-orang bukan islam menerimanya. Tetapi kita hidup dizaman islam diserang bertubi-tubi dari segenap penjuru. Islam umpama orang dagang dalam kalangan umatnya sendiri.

 

Maksudnya : islam bermula dalam keadaan dagang (asing) dan akan kembali semula (diakhir zaman) menjadi dagang, maka berjaya dan mencapai kemenangan bagi oaring-oranag yang dagang. [riwayat ibnu majah]

Di saat Nabi SAW membawa islam, masyarakat menentang baginda. Mereka melabel agama islam dengan pelbagai label, menuduh Nabi SAW dengan pelbagai tuduhan seperti “ini agama yang bercanggah dengan agama datuk nenek moyang kami” “ini agama kebelakang”, “kamu Muhammad adalah pemecahbelah masyarakat”. Dakwaan-dakwaan sama yang kita dengar pada hari ini, semata-mata kerana tidak mahu syariat islam ini dilaksanakan. Tidak ada sebab yang lain melainkan kerana syariat islam ini boleh menghalang hawa nafsu mereka untuk mengumpul harta benda, kekayaan, melakukan perkara-perkara yang dilarang dan ditegah oleh Allah SWT, tidak mahu melihat syariat islam yang adil dilaksanakan kerana ia akan membuka mata seluruh masyarakat untuk menerimanya.

Timbul lagi dakwaan lain. Mereka menyatakan bahawa, terburu-buru untuk melaksanakan hukum hakam jenayah islam seperti merotan orang dan menghukum orang dengan berbagai-bagai hukuman, sedangkan negara dilanda dengan berbagai-bagai masalah ekonomi, kesempitan hidup kenaikan harga barang dan sebagainya.

Sesunggunya sedarlah wahai umat islam, tuntutan kita umat islam bukan sahaja untuk mencegah kemungkaran yang berlaku dihadapan, bahkan juga tuntutan kita umat islam untuk menegakkan amar makruf. Usaha untuk memertabatkan syariat islam, meninggikan kuasa mahkamah syariah ini adalah merupakan diantara makruf yang paling besar dizaman ini. Firman Allah SWT didalam Al-quran Al-karim :

 

Maksudnya : kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara salah ( buruk dan keji ) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) [surah Al-Imran : 11]

Inilah musibah yanag melanda umat islam pada hari ini yang perlu kita sedari bersama supaya kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang hanya mengikut hawa nafsu mereka dengan mengabaikan tuntutan dan tangungjawab mengembalikan syariat islam ditempatnya yang asal.

Jika sekiranya Nabi SAW menghadapi berbagai-bagai ujian dan cabaran, bermula di Makkah sehinggalah syariat islam dilaksanakan sepenuhnya dimadinah, maka sedarlah apa yang dihadapi oleh umat islam pada hari ini juga akan melalui ujian-ujian yang sama seperti yang dilalui oleh Nabi SAW dizaman dahulu.
Hendaklah kita istiqamah, teguh pendirian dan terus menerus berada diatas landasan ini sehinggalah cita-cita seluruh umat islam untuk melihat syariat islam kembali berdaulat di muka bumi Allah SWT ini tercapai sama ada ianya hampir atau ianya memakan masa seberapa lama sekalipun.

Tanggungjawab kita adalah untuk berusaha. Dihari akhirat kelak Allah SWT tidak akan bertanya, banyak manakah usaha yang telah kamu lakukan, berapa lamakah masa yang telah kamu ambil, tetapi apa yang akan ditanya dan dan dipersoalkan oleh Allah SWT, adakah kamu berusaha. Adakah kamu menyokong, adakah kamu bersama-sama dengan usaha yang mulia ini utaupun sebaliknya. Inilah soalan yang perlu kita muhasabah diri kita masing-masing.

Maksudnya : dialah yang telah mengutus rasulnya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (Agama islam) untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. [surah at-taubah : 33]