Rab07262017

Last updateRab, 26 Jul 2017 4pm

Back Utama Berita/Kenyataan DUPP Berfikir Sejenak 07 : Tahaluf Siyasi

Berfikir Sejenak 07 : Tahaluf Siyasi

Berfikir Sejenak (siri 07)

oleh : Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri


Tahaaluf Siyaasi adalah sumpah ikat janji antara beberapa pihak untuk saling bekerjasama, tolong menolong dan saling mempertahankan antara satu sama lain dalam urusan politik.

Tahaaluf Siyaasi dengan mana-mana pihak atau parti yang tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan politik mereka sebagaimana PAS dibolehkan dalam Islam dengan syarat ia menjadi satu wasilah dan cara bagi menyampaikan dan memperkasakan Islam dan bagi mendapatkan kuasa yang membolehkan Islam dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini.

Apabila satu pihak yang bertahaluf siyaasi dengan PAS mula menyerang agenda Islam yang dibawa oleh PAS, membuat fitnah terhadap PAS dan berada sepentas dengan musuh menyerang PAS maka terbatallah ikat janji Tahaaluf Siyaasi.

Seorang lelaki musyrik yang sebelumnya berhasrat membunuh Nabi saw telah diajak masuk Islam namun beliau tidak bersedia tetapi beliau memberikan akujanjinya yang diterima oleh Nabi saw. Lelaki musyrik itu berkata:
"saya berjanji untuk tidak lagi memerangi kamu dan tidak berada bersama kelompok yang memerangi kamu"

Sekian. Jumaat 12 hb Mei 2017