Sel07252017

Last updateIsn, 24 Jul 2017 11pm

Back Utama Berita/Kenyataan DUPP Pemergian Allahyarham Prof Dr Khazani

Pemergian Allahyarham Prof Dr Khazani

Sebak mendengar khabar pemergian sahabat rapat yang kami kasihi dan sayangi Allahyarham Prof Dr Khazani Abdullah sebentar tadi. Teman seperjuangan yang sangat rapat dalam menggaris strategi perjuangan. 15 tahun bersahabat dan bersama sebagai kumpulan fikir untuk pimpinan PAS. Moga segala khidmat bakti beliau untuk Islam menjadi pahala berpanjangan buat beliau. Masih segar diingatan pertemuan terakhir dengan beliau ketika menemani beliau ke hospital an-Nur minggu lepas.

Saya menyeru ahli-ahli PAS untuk sama-sama SOLAT JANAZAH beliau bagi mendoakan yang terbaik untuk beliau sebagai salah seorang PIMPINAN TERTINGGI PAS. Maklumat lanjut akan dimaklumkan oleh Ketua Penerangan PAS.

Dr Khairuddin at-Takiri
Sabtu 20 hb Mei 2017