Jum08182017

Last updateKha, 17 Ogs 2017 5pm

Back Utama Berita/Kenyataan DUPP Seminar Bersiri Tentang Sejarah Awal PAS

Seminar Bersiri Tentang Sejarah Awal PAS

SEMINAR BERSIRI TENTANG SEJARAH AWAL PAS ANJURAN KUIZM DAN KELAB ASSABIQUN WILAYAH

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) bersama Kelab Assabiqun Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Seminar Bersiri tentang Sejarah Awal PAS bermula pada bulan Ogos 2017. Seminar ini akan mengupas sejarah latarbelakang penubuhan PAS sehinggalah perkembangan PAS semasa era kemerdekaan negara tahun 1957. Penyertaan seminar ini terbuka kepada pimpinan dan ahli PAS, juga dibuka kepada pihak-pihak lain yang berminat dengan pemakluman awal kepada pihak penganjur.

Seminar ini dianjurkan untuk mengemukakan versi sejarah PAS berdasarkan sumber-sumber arkib PAS sendiri dan pengalaman tokoh-tokoh PAS yang melalui detik-detik bersejarah perkembangan awal PAS. Usaha ini akan memperkayakan lagi sejarah tentang perkembangan PAS seperti yang sedia ada. Selain daripada itu, dengan pendedahan sejarah perkembangan PAS ini, diharapkan akan memperkukuhkan jatidiri pendukung PAS untuk terus beristiqamah dengan perjuangan yang telah dirintis oleh generasi terdahulu.

Pembentangan tentang sejarah awal PAS ini akan dilakukan oleh Saudara Mohd Fadli Ghani, yang merupakan Ketua Bahagian Sumber (Arkib) PAS, di bawah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), dan kemudiannya akan diulas oleh Tuan Haji Ahmad Subky Abd Latif, Ketua Kelab Assabiqun Wilayah Persekutuan. Pembentangan ini akan menjadikan buku 'Sejarah PAS 1951-1957' yang diterbitkan oleh Penerbit Harakah sebagai rujukan utama. Buku ini adalah hasil dari Projek Penyelidikan Sejarah PAS yang didanai oleh Harakah.

Dengan penganjuran Seminar Bersiri ini, KUIZM akan memposisikan institusi ini sebagai pusat rujukan utama tentang Sejarah PAS dan Sejarah Politik Islam Malaysia. Maktabah Yusof Rawa di bawah pentabiran KUIZM dengan kerjasama Bahagian Sumber (Arkib) di bawah PPP akan mewujudkan koleksi khas tentang Sejarah PAS dan Sejarah Politik Islam Malaysia untuk rujukan para pengkaji yang berminat dengan kedua subjek tersebut. Koleksi khas tersebut akan disimpan di Maktabah Yusof Rawa KUIZM dan Bilik Sumber Pejabat Agung PAS.


Dr Mohd Zuhdi Bin Marzuki
Rektor KUIZM

26 Syawal 1438
20 Julai 2017

http://www.kuizm.org

Pihak KUIZM mengalukan sumbangan orang ramai dalam bentuk sedekah, infaq, waqaf dan lain-lain untuk kelangsungan pembangunan dan kegiatan KUIZM. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun AKADEMI PENDIDIKAN ZULKIFLI MUHAMMAD berikut:

Bank Islam: 14041010074783

Maybank Islamic: 564799122323

CIMB Islamic: 8600543280