Jum08182017

Last updateKha, 17 Ogs 2017 5pm

Back Utama Berita/Kenyataan DUPP Seru Baca Qunut Nazilah Seminggu: Doakan Kebinasaan Zionis- Negara Haram Yahudi

Seru Baca Qunut Nazilah Seminggu: Doakan Kebinasaan Zionis- Negara Haram Yahudi

Kenyataan Media

22 Julai 2017 | 28 Syawal 1438H

SERU BACA QUNUT NAZILAH SEMINGGU: DOAKAN KEBINASAAN ZIONIS-NEGARA HARAM YAHUDI

1. Sempena penganjuran Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia), saya menyeru kepada umat Islam untuk membaca Qunut Nazilah selama seminggu dalam solat mereka bagi mendoakan kebinasaan ke atas Zionis-Negara Haram Yahudi dan sekutunya; serta bagi mendoakan keamanan dan keselamatan bagi Masjid Al-Aqsa dan rakyat Palestin.

2. Penutupan dan sekatan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh Israel sejak minggu lalu yang berlanjutan sehingga sekarang adalah suatu tindakan yang jelas melanggari undang-undang antarabangsa, bertentangan dengan nilai kemanusiaan sejagat dan mencabuli hak kebebasan yang sepatutnya dinikmati oleh setiap orang.

3. Adalah menjadi hak umat Islam untuk memakmurkan Masjid Al-Aqsa sebagaimana penganut Yahudi membuat upacara keagamaan di dalam synagogue dan penganut Kristian beribadat di dalam gereja dengan aman. Tambah-tambah lagi, Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya adalah tapak suci milik umat Islam. Zionis-Negara Haram Yahudi sebenarnya adalah penjajah tanah Palestin yang patut berambus darinya.

Sekian.

”Sejahtera Bersama Islam"

DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Timbalan Pengerusi II
Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat