Sel09262017

Last updateIsn, 25 Sep 2017 3pm

Back Utama Berita/Kenyataan DUPP PKR Perlu Taubat Nasuha Jika Mahu Kerjasama Dengan PAS

PKR Perlu Taubat Nasuha Jika Mahu Kerjasama Dengan PAS

 

PKR Perlu Taubat Nasuha Jika Mahu Kerjasama Dengan PAS

PKR kena bertaubat nasuha dulu sebelu berhasrat untuk bekerjasama dengan PAS.

Demikian penegasan dibuat mantan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin at-Takiri.

Penegasan tersebut dikeluarkan bagi membidas sikap PKR yang sengaja menagih simpati PAS setelah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terdahulu menyatakan hasrat untuk berbincang dengan PAS untuk perancangan PRU akan datang.

Mengulas lanjut isu tersebut, Dr. Khairudin turut menempelak PKR dengan persoalan bagaimana partinya mahu bekerjasama sekiranya PKR terus menyerang PAS dengan pelbagai fitnah.

Justeru katanya, PKR perlu menyedari kesalahan mereka yang sebelum ini sombong dan berlagak hebat.

Dr. Khairuddin walaubagaimanapun mengingatkan PAS merupakan parti yang tegas dan berprinsip.

"Ahli dan pimpinan PAS tidak sesekali akan dipatuk ular dua kali dalam hubungan dengan Pkr.

"Mereka menyokong untuk ahli parlimen PAS melompat ke parti mereka ketika sedang bertahaluf.

"Mereka berpakat dengan mereka yang mengkhianati PAS ketika bertahaluf. Di mana semangat setiakawan?," soal beliau.