Sel09262017

Last updateIsn, 25 Sep 2017 3pm

Back Utama Berita/Kenyataan DUPP PAS Bukan Kuda Tunggangan DAP Dan PKR

PAS Bukan Kuda Tunggangan DAP Dan PKR

 

Jentera PAS tidak lagi akan menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR sebagaimana berlaku dalam PRU ke 13. Apabila DAP dan PKR memenangi PRU ke 13 dengan bantuan jentera dan undi PAS mereka telah menyerang pelbagai agenda Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Justeru, PRU ke 14 jentera PAS akan fokus kemenangan menerusi Gagasan Rakyat dengan bersaing menentang UMNO/BN dan PH untuk menang minima 5 negeri dan menjadi parti dominan memerintah di peringkat persekutuan. PH bukan masa depan bagi rakyat Malaysia. Perjuangan jangka pendek mereka hanya untuk menjatuhkan Najib bukannya menukar dasar pemerintahan BN yang telah sekian lama merosakkan negara. PAS tidak hanya mahu menukar kerajaan tetapi menukar dasar berkerajaan berasaskan prinsip Islam yang meletak aqidah dan akhlak sebagai asas, dosa pahala sebagai neraca pertimbangan,syariat Islam sebagai landasan berekonomi dan bersosial serta menolak monopoli ekonomi oleh segelintir elit pemerintah, nepotisma dan kronisma serta pemborosan dalam pengurusan kewangannya.

Dr Khairuddin Takiri