Rab05242017

Last updateRab, 24 Mei 2017 12pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Johor Jentera PAS Johor Siap Siaga Hadapi PRU ke 14

Jentera PAS Johor Siap Siaga Hadapi PRU ke 14


AYER HITAM, 6 Mei - Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ) melalui Jabatan IT Negeri dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat (JITP) telah mengadakan program Jelajah Ransangan IT PRU ke 14 (JerIT) pada 6 Mei 2017 dari jam 8:30 pagi hingga 4:30 petang di bangunan NEXTQUEST.

Program ini melibatkan 130 peserta dari Lajnah IT , Jabatan Pilihanraya dan Lajnah Penerangan kawasan-kawasan di negeri Johor bagi persiapan menghadapi pilihanraya umum ke 14. Program ini juga turut dihadiri dari Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat negeri Johor.

Para peserta telah dibahagikan kepada dua bengkel melibatkan Bengkel Khas Operasi Data dan Media Baru dan Multimedia yang dikendalikan oleh fasilitator dari JITP yang hadir.

JeriT ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Shamsuddin Jaafar selaku Ketua Penerangan PAS Negeri Johor yang mewakili BPPNJ sebagai perasmi. Turut hadir dalam program ini ialah Tuan Haji Azhari selaku Setiausaha BPPNJ merangkap Pengerusi IT Negeri Johor.

Antara yang mencuri tumpuan pelancaran pasukan Lensa Haraki dan Dana Usaha IT (DUIT) secara rasmi oleh Tuan Haji Suhaimi Embong selaku Pengarah JITP PAS Pusat.

Dalam program ini, pihak BPPNJ mengharapkan semoga semua jentera pilihanraya PAS Negeri Johor bersiap siaga untuk berdepan dengan pilihanraya umum ke 14 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Di akhir program peserta diminta melafazkan bai'ah akujanji untuk menjaga kerahsiaan parti.