Rab05242017

Last updateRab, 24 Mei 2017 12pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Johor PAS Labis Hargai Guru Merentasi Sempadan Kaum

PAS Labis Hargai Guru Merentasi Sempadan Kaum

PAS Labis Hargai Jasa Guru

Oleh: A. Yamin


LABIS, 16 Mei 2017 : Kehadiran rombongan PAS Labis ke beberapa buah sekolah di sini hari ini menyaksikan fenomena berbeza sambutan hari guru pada tahun ini. Lebih 20 biji kek disediakan dan diedarkan ke sekolah- sekolah kawasan sekitar. 

Tidak ketinggalan, rombongan tersebut turut bertandang ke Sekolah Rendah Cina bagi menghargai jasa guru meskipun melangkaui garis sempadan bangsa dan budaya.

Jelas, PAS mengiktiraf peranan guru dalam membimbing anak bangsa khusunya di Malaysia.

Terharu dengan pemberian itu, salah seorang Puan Guru Besar berkata inilah kali pertama pihak sekolah mendapat kek daripada PAS Labis.

Sementara itu, ketua rombongan, YDP PAS Labis,Tuan Haji Salleh Abdullah dalam pertemuan ringkas sempat mengucapkan terima kasih kepada para guru atas usaha mendidik anak bangsa.

Beliau berkata, bagi menjayakan program tersebut AJK PAS Labis sebelum itu telah melancarkan 'Tabung jihad' baru-baru ini.

Katanya hasil tabung berkenaan digunakan sebagai modal untuk membeli kek untuk para guru bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

“Kek itu diberikan sebagai penghargaan terhadap jasa guru, selain mengeratkan hubungan silaturahim sesama komuniti.

“Selain sekolah kebangsaan, tahun ini kita juga membuat kunjungan ke sekolah Cina dan sekolah Tamil bagi mempraktikkan budaya politik matang dan sejahtera seperti mana saranan Tuan Guru Presiden", katanya.

Kunjungan ini sebagai simbolik perpaduan antara masyarakat tanpa mengira bangsa dan budaya.

Menerajui budaya politik matang dan sejahtera, PAS adalah sebuah gerakan Islam yang didaftarkan sebagai sebuah parti politik dan mengambil ruang demokrasi untuk menyampaikan dakwah Islam serta mendaulatkan syariat di bumi Malaysia ini.

Menganalisa kedudukan sosio budaya masyarakat Malaysia, kita dapati secara umumnya ia terbentuk dengan sifat lemah lembut dan sopan santun, sesuai dengan sejarah kemasukan Islam dan kemerdekaan negara.

Mengakhiri pertemuan, rombongan PAS Labis sempat bergambar bersama para guru sebelum meneruskan kunjungan seterusnya.