Isn06262017

Last updateAhd, 25 Jun 2017 6pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Johor Iftar Perpaduan Rapatkan PAS Dengan Masyarakat Bukan Islam

Iftar Perpaduan Rapatkan PAS Dengan Masyarakat Bukan Islam

Iftar Perpaduan Rapatkan PAS Dengan Masyarakat Bukan Islam

Oleh : Lajnah Perpaduan National dan Hubungan NGO PAS JOHOR

 

PASIR GUDANG, 14 JUN 2017 - Parti Islam SeMalaysia (PAS) terus mengorak langkah melebarluaskan dakwah ke dalam masyarakat melalui program Iftar Perpaduan Bersama Dewan Himpunan PAS Negeri Johor (DHPP Johor) yang dianjurkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO PAS Negeri Johor di Taman Permas Jaya semalam.

Program yang bertujuan untuk merapatkan hubungan PAS dengan masyarakat bukan Islam dengan merasai sendiri suasana berbuka puasa bersama masyarakat Islam. Program ini telah dihadiri oleh Naib Ketua DHPP Pusat, Encik Suria Narayanan, YB Ustaz Abdullah Husin (Pesuruhjaya PAS Johor), Encik Khairul Faizi bin Ahmad Kamil (Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor), Dr Mohd Mazri Yahya (Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor), Haji Azhari Mohd (Yang Di Pertua PAS kawasan Pasir Gudang), Encik Abd. Aziz Abdullah (Pengerusi Pusat Aduan Rakyat PAS Johor) dan para pimpinan PAS yang lain.

Suria di dalam ucapannya menjelaskan kenapa masyarakat bukan Islam mesti memberikan sokongan kepada PAS melalui DHPP. "PAS telah membuka ruang kepada masyarakat bukan Islam untuk turut sama menabur bakti melalui Dewan Himpunan dan ini membuktikan PAS adalah parti yang adil untuk semua kaum dan agama"_ katanya.

Ustaz Abdullah pula di dalam ucapannya mengajak kepada hadirin untuk sama-sama memahami cara kehidupan bermasyarakat.

"Kita perlu sentiasa hidup bertoleransi dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama, majlis Iftar Perpaduan ini sebagai salah satu langkah untuk PAS membina hubungan yang baik dan harmoni di dalam masyarakat"_ ujar beliau.

Selain itu, seramai 75 orang telah menerima sumbangan daripada PAS bersempena majlis ini. Dalam majlis tersebut juga, sebanyak 80 borang permohonan menyertai DHPP telah diserahkan kepada Suria bagi menubuhkan DHPP di peringkat Parlimen Pasir Gudang.

Melalui pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) telah berjaya membuka ruang kepada PAS untuk mendekati masyarakat berbilang kaum dan agama.