Jum06232017

Last updateJum, 23 Jun 2017 12pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Johor Benut Sejahtera 3.0 : Ungguli misi dakwah dan kebajikan

Benut Sejahtera 3.0 : Ungguli misi dakwah dan kebajikan

Benut, 17 Jun 2017 :  Jentera Pilihanraya Dun  Benut telah mengadakan program untuk menyantuni dan memperkenalkan lagi PAS kepada penduduk di sekitar Dun Benut, Pontian. Program tersebut di namakan Benut Sejahtera 3.0 dan telah melibatkan 4 unit peti undi(UPU) iaitu Upu Simpang Jawa, Upu Bandar Benut, Upu Benut Utara, dan Upu Benut Selatan.

Seramai hampir 70 orang petugas yang terdiri daripada  Ahli PAS Kawasan Pontian, Ketua-ketua PAS cawangan sekitar Pontian, Ahli Jawatankuasa(AJK ) PAS Kawasan Pontian, Dewan Ulamak PAS Kawasan Pontian, Dewan Muslimat PAS Kawasan Pontian, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian, Unit Amal, Altenatif Rider Club(ARC) dan juga Tim Muslimat Muda PAS( AMEERAH). Petugas-petugas telah berkumpul seawal jam 7.30 pagi di Balai Islam Asam Kumbang,Benut,Pontian dan diberikan taklimat oleh pengarah program tersebut.

Di antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah seperti ziarah golongan MOSWA (miskin,OKU,Sakit,Warga emas,dan Al malak).  Sebanyak 30 buah rumah MOSWA yang di ziarahi oleh petugas dengan membawa sedikit sumbangan berbentuk barangan dapur. Manakala 3  kumpulan petugas lagi telah menziarah golongan Al Malak iaitu para asatizah dan imam di sekitar DUN Benut.

Sementara itu, tim AMEERAH telah mengadakan edaran risalah di 2 buah masjid iaitu Masjid Benut dan Masjid Kg Parit Tengah pada waktu solat jumaat. Sementara itu, konvoi ARC dan pengedaran bubur lambuk di sekitar rumah-rumah taman di Benut  dan bazar ramadhan benut merupakan aktiviti di sebelah petang.

Justeru, program ini merupakan program yang ketiga telah dijalankan oleh PAS Benut. Sambutan dari kalangan masyarat amat baik, dalam masa yang sama PAS dapat menyampaikan dakwah dan juga menyebarkan maklumat kepada masyarat  seperti mana yang disarankan oleh pimpinan PAS di peringkat pusat.