Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Artikel PAS Negeri Johor Dato' Sarchu Ziarah Warga Tenang

Dato' Sarchu Ziarah Warga Tenang

Labis, 21 Jun 2017 - Mengambil kira keperluan penduduk sempena sambutan hari raya nanti, PAS Labis telah menziarahi beberapa buah keluarga bagi menghulurkan sumbangan berupa barangan asas kepada yang memerlukan.

Turut serta, Dato' Sarchu Bin Sawal selaku Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat Kawasan Labis. Beliau yang juga Mantan CEO KPF turut diiringi oleh YDP PAS Kawasan, Tuan Haji Salleh Abdullah dan En Nasir Ahamad, pengarah Jprk Labis. Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat Labis, Dato' Sarchu Sawal berkata, pihaknya  akan menggiatkan lagi program ziarah sebegini lebih-lebih lagi di musim perayaan.

Katanya tumpuan turut diberi kepada penduduk yang memerlukan. "Ini adalah sumbangan ikhlas daripada PAS Labis sempena bulan mulia ini. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan keluarga," ujarnya.

Di kesempatan itu, Dato' Sarchu turut menyeru warga felda yang juga penerima bantuan untuk melakukan perubahan dengan mengundi PAS pada PRU akan datang demi kesejahteraan para peneroka felda. Beliau turut menyentuh kepincangan dan korupsi yang berlaku dalam organisasi felda bagi menuntut kesedaran warga felda untuk bangkit menuju perubahan.

Rata-rata warga felda menyambut baik kedatangan Dato' Sarchu selaku ahli korporat Felda. Penampilannya di pentas politik DUN Tenang adalah tepat dan sangat dinanti-nantikan warga felda. Jelas, warga felda akan memberikan sokongan padu kepada calon PAS bagi mewakili suara mereka di Kawasan Labis.