Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Artikel PAS Negeri Johor PAS Santuni Masyarakat Felda Palong Timur

PAS Santuni Masyarakat Felda Palong Timur

Segamat, 22 Jun 2017 - Parti Islam SeMalaysia (PAS) kawasan Segamat meneruskan aktiviti Konvoi Cakna Ramadhan walaupun telah berada di penghujung bulan Ramadhan. Destinasi yang dipilih pada Kali ini adalah Felda Palong Timur, satu-satunya Felda yang terletak di dalam Parlimen Segamat.

Beberapa aktiviti telah dijalankan semalam, dimulakan dengan penyerahan sumbangan kepada warga emas dan ibu tunggal.  Ia disusuli pula dengan edaran bubur lambuk di sekitar Bazar Ramadhan dan diakhiri dengan majlis iftar di perkarangan PASTI Firdaus (Nur Raudhah).

PAS kawasan Segamat melahirkan rasa syukur kerana kehadiran mereka di sana disambut dengan baik oleh masyarakat. Menurut Encik Amran bin Abdul Ghani, program yang diadakan di Felda Palong Timur memperlihatkan masyarakat Felda dapat menerima kehadiran PAS. Beliau yang juga Pengerusi Pusat Aduan Rakyat PAS Parlimen Segamat sangat teruja dengan perubahan sikap yang beliau dapat rasa sendiri semalam.

_"Pengunjung bazar terima bubur lambuk kami dengan senyuman dan tiada yang menolak walaupun mereka tahu kami daripada PAS". "BPMS yang dilaksanakan oleh PAS sekarang ini memang berjaya membuka ruang kepada PAS untuk bertemu dengan masyarakat", kata beliau.

Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) adalah pendekatan harmoni  PAS yang mesra rakyat dan ia memudahkan PAS mendekati masyarakat. Konvoi telah disertai oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil (Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor), Haji Moin bin Abdul (Naib Yang Di Pertua PAS kawasan Segamat), Puan Nurzahrah binti Abd. Wahab (Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Segamat) dan beberapa pimpinan PAS yang lain.

Konvoi Cakna Ramadhan PAS kawasan Segamat telah bermula sejak awal Ramadhan lagi dan ia telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat setempat.

 

*SEJAHTERA BERSAMA ISLAM*

Lajnah Kebajikan dan Pusat Aduan Rakyat

PAS kawasan Segamat