Ahd09242017

Last updateSab, 23 Sep 2017 10pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Johor Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Sekijang Berlangsung Meriah

Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Sekijang Berlangsung Meriah

Sekijang, 14 Julai 2017: Rumah Terbuka PAS Kawasan Sekijang telah berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah semalam. Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab, ucapan pimpinan ,program marhaban, jamuan makan dan pemberian duit raya kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Majlis turut diserikan oleh Saudara Rusman Bin Kemin (Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Johor) yang telah hadir menyampaikan ucapan dan beramah mesra dengan penduduk di UPU Tahang Rimau, yang terletak di DUN Pemanis kawasan Parlimen Sekijang,Johor.

Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada PAS Kawasan Sekijang atas inisiatif mengadakan Rumah Terbuka AidilFitri di samping mengulas beberapa isu semasa termasuk beban akibat kenaikan harga barang ,isu RUU 355 dan menyeru rakyat Malaysia untuk membuat anjakan paradigma dalam menentukan citra masa depan Malaysia demi kelangsungan generasi pelapis pewaris kepimpinan pada masa akan datang. Turut hadir ,adalah pasangan Tionghua iaitu Mr.Ng Chee Yoong dan isteri ,Louisa yang hadir atas dasar semangat setiakawan dan persahabatan di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Selain itu, Normala Sudirman ,Penyelia Pusat Aduan DUN Pemanis melahirkan rasa gembira dengan kehadiran Tn.Hj.Ibrahim Bin Rawal (mantan Pengetua Sek Men.Dato Bentara Dalam,Segamat),dan isteri turut hadir memeriahkan majlis. Beliau merupakan guru yang cukup berdedikasi ketika Normala bersekolah di Sek.Men.Dato Bentara Dalam, Segamat dahulu. Malahan, PAS Kawasan Sekijang juga menyediakan kaunter keahlian PAS, Risalah RUU 355 , Akhbar Harakah percuma dan risalah mengenai Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis untuk diberikan kepada pengunjung yang datang .

"Saya optimis dan percaya, Rumah Terbuka AidilFitri PAS Sekijang ini dapat mengeratkan silaturrahim dan ukhuwwah selain dapat beramah mesra dengan penduduk setempat. Selain itu Akhbar Harakah dan risalah RUU 355 serta sisipan info berkaitan Pusat Aduan Rakyat (PAR)DUN Pemanis yang diberi untuk dibawa pulang , pasti dapat memberi banyak pencerahan kepada tetamu yang hadir,' katanya lagi yang lebih mesra disapa dengan panggilan Cikgu Mala .