Jum06232017

Last updateJum, 23 Jun 2017 12pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Kelantan Lembah Binjai: PAN, Umno cuba keliru penduduk

Lembah Binjai: PAN, Umno cuba keliru penduduk

PENGLIBATAN secara langsung Parti Amanah Negara (PAN) dan Umno menyebabkan penduduk yang terlibat dengan cadangan projek pembangunan Lembah Binjai keliru.

Kaedah yang sama pernah digunakan PAN bagi mempengaruhi penduduk menolak projek Kampung Warisan di Kampung Laut, Tumpat tahun lepas.

Bagaimanapun pembinaan rumah untuk penduduk yang terlibat dengan projek Kampung Warisan dilaksanakan selepas pecah tanah pada 16 April lepas.

Begitu juga dengan projek Lembah Binjai menjadi keliru apabila ada pihak memainkan peranan mempengaruhi penduduk dengan maklumat tidak tepat.

Penghulu Mukim Chepa Engku Lah Engku Mamat berkata parti serpihan dan Umno cuba mengaburi pandangan penduduk yang terlibat dengan projek pelancongan Lembah Binjai.

“Berdasar kepada maklumat kebanyakan penduduk yang memiliki lot di kawasan lembangan sungai dan rendah bersetuju dengan projek terbabit.

“Begitu juga mereka yang miliki lot di lokasi yang lebih tinggi. Namun sebahagian lagi tidak setuju kerana keliru maklumat tidak tepat diberi pihak tertentu,” katanya di Kota Bharu.

Kerajaan negeri merancang membangunkan kawasan pelancongan di kawasan seluas 45 ekar di Lembah Binjai bagi manfaat penduduk pada jangka masa panjang.

Engku Lah juga berkata tidak kesemua 14 pemilik rumah yang terbabit dengan projek terbabit hadir pada taklimat di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam baru-baru ini.

"Saya mencadangkan pertemuan diadakan semula selepas Hari Raya ini dengan semua pemilik tanah dan kediaman bagi membolehkan mereka mendapat maklumat sebenar,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 14/6/2017