Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Artikel PAS Negeri Kelantan Dikir Dangdut: Cubaan fitnah Kerajaan Negeri

Dikir Dangdut: Cubaan fitnah Kerajaan Negeri

Merujuk kepada viral foto artis wanita tempatan membuat persembahan kononnya ia adalah sebahagian daripada acara malam sempena Kelantan International Bike Week 2017 (KIBW) anjuran Kerajaan Negeri Kelantan adalah fitnah.

"Ada individu yang mungkin dengki dengan atas kejayaan dan minat para Bikers datang ke Kelantan, jadi mereka telah masukkan gambar yang berlaku di Kampung Berangan, Tumpat yang saya difahamkan itu adalah sebuah majlis kahwin yang secara tidak sengaja telah adakan persembahan Dikir Barat Dangdut," jelas Pengerusi JK Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Dato' Haji Abdul Fattah Mahmood.

KIBW yang telah berlangsung selama 3 hari di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu berjaya mengumpul seramai 4,500 'biker' dari seluruh negara. Kemunculan selebriti Awie yang merupakan pengasas Wings Motor Gang Society turut mencetuskan perdebatan di media sosial.

"Saya sebut kepada Awie sendiri semasa Majlis Perasmian bahawasanya Kelantan tidak pernah menghalang persembahan tetapi persembahan kita akan cuba sebaik mungkin mematuhi syariat.

Jadi ini ruang lingkup dakwah yang kita gunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan kepada semua peringkat " terang Abdul Fattah.

Abdul Fattah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan penganjuran KIBW 2017 yang telah mendapat perhatian daripada banyak pihak.