Ahd05282017

Last updateAhd, 28 Mei 2017 1am

Back Utama Artikel PAS Negeri Pahang Konvensyen PAS Pahang Ahad ini

Konvensyen PAS Pahang Ahad ini

KUANTAN: PAS Pahang akan menganjurkan konvensyen khusus untuk merangsang, menggerak dan mengaktifkan jentera pilihan rayanya,  di sini Ahad ini.

 

Dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, pengarah konvensyen berkenaan Andansura Rabu memaklumkan bahawa konvensyen yang bertemakan ‘PAS Teraju Pahang’  itu akan diadakan pada 23 April 2017 di Dewan Era Gemilang Event Village, Lot 8506, Jalan Wak Satay Kampung Pandan 1, Jalan Lapangan Terbang, Kuantan.

 

Katanya konvensyen tersebut akan bermula jam 8 pagi dan berakhir pukul 2 petang dengan diisi dua pembentangan serta perbahasan dan 700 jentera segenap peringkat dijangka hadir.

 

Tambahnya, pembentangan pertama bertajuk ‘Kegagalan Kerajaan BN - Pahang Perlu Diselamatkan’ dibentangkan oleh Andansura sendiri selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang  dan Adun Beserah manakala pembentangan kedua bertajuk ‘Tsunami Melayu PRU14’  akan disempurnakan oleh   AJK PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki.

 

“Kedua-dua  pembentangan akan diikuti perbahasan dan soal jawab serta pembentangan resolusi.

 

“Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar akan berucap merasmikan konvensyen manakala Timbalan Presiden Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man akan mengisi slot taujihat dan penutup,” ujarnya.

 

Andansura berkata, satu sidang media akan turut diadakan sebaik sahaja program berakhir.