Ahd09242017

Last updateSab, 23 Sep 2017 10pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Pahang Peraturan dan arahan dalam munaqasyah ucapan dasar

Peraturan dan arahan dalam munaqasyah ucapan dasar

 

 

TEMERLOH: Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki menggariskan 10 perkara dalam pembentangan kertas kerjanya bertajuk Peraturan dan Arahan dalam Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di Darul Amin, Sungai Gau di sini semalam.

 

Antara lain, Ahli jawatankuasa PAS Pusat itu menyeru dirapatkan ukhuwwah sesama kepimpinan, ahli dan penyokong parti dengan mengelakkan pertelagahan dan krisis sesama sendiri.

 

Beliau juga meminta dipertingkatkan aktiviti yang mensasarkan sasaran dakwah luar parti sekurang-kurangnya lebih dari separuh jumlah program tahunan yang dijalankan oleh Dewan, Lajnah, Negeri dan Kawasan mahupun cawangan.

 

Selain itu, seru beliau, pimpinan di semua peringkat mesti meningkatkan ilmu kefahaman Islam supaya mampu memimpin dan mengemukakan solusi yang baik dalam setiap permasalahan negara dan masyarakat berdasarkan manhaj Quran dan Sunnah.

 

Pimpinan disemua juga peringkat mesti memahami perkara prinsip dan dasar perjuangan yang tetap tidak berubah dan perkara yang menjadi strategi, pendekatan yang boleh berubah berdasarkan kaedah Islam yang betul. Selain mesti memahami keputusan dan tindakan PAS dengan mendapatkan maklumat mengenainya dari sumber yang sahih.

 

Dr Zuhdi juga menyeru agar diaktifkan aktiviti dialog, forum dan sebagainya dengan menyampaikan dakwah kepada masyarakat ke arah memahami Islam dan celik politik temasuk kepada non muslim.

 

 

Kira-kira 200 orang terdiri daripada AJK Perhubungan, Kawasan-Kawasan dan Dewan-Dewan  menyertai program yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Pahang itu.

 

Seramai 10 pembahas daripada 14 kawasan dan tiga dewan-dewan negeri mengambil bahagian dalam program setengah hari itu

 

Antara yang menarik perhatian ucapan Ustaz Roslan Md Esa yang mewakili zon Bentong, Raub bahawa PAS wajib bertanding di Parlimen Bentong dan Raub serta Dun-Dun di bawahnya.

 

Katanya setelah sekian lama membiarkan kira-kira 46% orang Melayu Islam di dalam serba salah, sudah sampai masanya PAS menawarkan calonnya bagi pilihan masyarakat dan mempraktikkan Islam.

 

Beliau turut mengingatkan perwakilan bahawa ini bukannya lagi masa melihat orang-orang Umno sebagai musuh tetapi mestilah menganggap mereka sebagai mad'u atau sasaran dakwah yang tidak bermusim.   

                   

Peserta turut dikejutkan dengan masalah besar di kalangan rakyat marhaen ialah masalah penempatan. Di mana ada rumah pangsa kos rendah di situlah berlaku kes-kes jenayah dan maksiat .

                     

Selain Dr Zuhdi, AJK PAS Pusat Kamaruzaman Mohamad tampil membuat rumusan.

 

Dalam penggulungannya Kamaruzaman menegaskan kerajaan yang ada sekarang ini banyak masalah. Sementara Kerajaan DAP dan PKR tidak kurang juga banyaknya masalah.

 

Oleh itu Pas menawarkan blog politik ketiga.

 

Sementara Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar menutup program.

 

Ustaz Rosli menjelaskan DHPP akan diberi kerusi bertanding kali ini.