Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Artikel PAS Negeri Pahang Jamuan raya P088 meriah

Jamuan raya P088 meriah

TEMERLOH: Majlis Jamuan Raya Sekretariat Parlimen bersama PAS Kawasan Temerloh yang diadakan di halaman Pusat Khidmat Parlimen Taman Chengal, semalam (Ahad), berlangsung meriah dengan jangkaan kehadiran menghampiri lima ribu orang.

 

Program yang berlangsung seawal jam 12 tengahari hingga empat petang itu dihadiri pelbagai peringkat melangkaui sempadan politik dan kaum.

 

Selain ahli, aktivis veteran dan kaum keluarga PAS, turut meraikan kemeriahan ialah Naib Ketua Pemuda Umno Pahang merangkap Ketua Pemuda Temerloh Asrizal Dato’ Mohd Sarit dan AJK Umno Bahagian Temerloh Dato’ Akbar VV Aboo serta rombongan mereka.

 

Turut hadir ialah wakil PKR. Tidak ketinggalan kaum Cina dan India. Paling teruja ialah kanak-kanak yang turut dihulurkan dengan duit raya.

 

Pelbagai juadah enak disediakan termasuk lemang, rendang, nasi himpit, kiuh-muih, mi goreng, ais krim dan lain-lain sehingga habis.

 

Ahli Parlimen Temerloh Ustaz Nasrudin Hassan, Yang Dipertua PAS Kawasan Hj Md Jusoh Darus serta AJK Kawasan yang lain kelihatannya 'tidak menang tangan' melayani tetamu yang hadir.

 

Program ini merupakan rutin tahunan dan kemeriahan terus terasa.

 

Apa yang menarik pejabat Pan negeri yang hanya terletak bertentangan di hadapan jalan dengan lokasi program berlangsung, turut mengadakan program seumpama tetapi pada sebelah petang.

 

Asrizal (dua dari kanan) sempat bergambar dengan Ustaz Nasrudin dan Haji Jusoh sejurus sebelum pulang