Sel09262017

Last updateIsn, 25 Sep 2017 3pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Pahang Program J4P jana semangat Pemuda Pahang

Program J4P jana semangat Pemuda Pahang

JERANTUT:  Program Pra-Himpunan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Pahang (J4P) selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 Ogos berakhir semalam, berjaya menghimpunkan 800 orang tenaga ‘hardcore’ Pemuda bagi membawa cabaran pada PRU 14 nanti.

 

Pelbagai aktiviti padat anjuran Dewan Pemuda PAS Pahang (DPPNP) itu berlangsung di Jerantut Feri di sini dengan menghimpun tokoh-tokoh PAS peringkat negeri dan pusat.

 

Ketua Penerangan DPPNP Dr Firdaus Ismail berkata, PAS Pahang komited untuk memenangi tiga kerusi panas di Pahang iaitu Parlimen Indera Mahkota, Kuantan dan Bentong dan dun-dun di dalamnya, bagi membawa suara Islam di dalam dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

 

Katanya, tidak ketinggalan Dun Mentakab yang kini diwakili Dap, juga bakal menampilkan calon daripada PAS.

 

“Atas dasar itu, pemuda PAS Pahang berjaya menghimpunkan jentera pemuda untuk disampaikan mesej penting tersebut dan berikrar untuk memastikan BN tidak lagi diberi peluang menerajui kerajaan negeri Pahang.

 

“Pemuda kini sudah bersedia untuk memenangkan Islam di Pahang,” katanya.

 

Antara aktiviti yang diadakan ialah kejohanan Futsal Piala J4P di Jerantut, senam robik, Qiyamullail, fun-ride dan teh tarik session panel menggandingkan Exco DPPM dan DPPNP.


Di Parlimen Maran menampilkan Ustaz Roslan Md Esa dan Sdr Nuruddin, Kuala Krau Muhtar Suhaili As-Sarawaki dan Mohd Hafizuddin sementara di Temerloh - YB Ustaz Hishamuddin dan Firdaus Ismail.

 

Pada sebelah malam pula diadakan ceramah isu semasa 
di DUN Damak (Pekan Damak) melibatkan YB Andansura Rabu, Sdr Muhtar Suhaili dan Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin.


Di DUN Pulau Tawar (Felda Jengka 24) YB Ustaz Hishamuddin Abd Karim, Ustaz Hazmi Dibok dan Ustaz Yohanis Ahmad.

 

Acara kemuncak ialah konvensyen pilihan raya DPPNP yang dirasmikan oleh Ketua DPPM Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi sendiri.