Sel09262017

Last updateIsn, 25 Sep 2017 3pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Pahang Adun PAS seru pantau tapak pelupusan sampah haram

Adun PAS seru pantau tapak pelupusan sampah haram

 

KUANTAN: Adun Beserah Andansura Rabu berharap pihak berkuasa membuat  pemantauan ke tapak-tapak  pelupusan sampah haram dan tindakan perlu diambil bagi mengawal kebakaran yang menyusahkan orang ramai.

 

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, kebakaran di kawasan tapak pelupusan sampah Jalan Jabor di sini menyebabkan gangguan asap tebal meliputi kawasan sejauh dua kilometer dari tapak tersebut sejak semalam.

 

Keadaan ini mengganggu keselesaan penduduk berhampiran termasuk sekitar Gebeng, Balok Makmur dan Balok Perdana di sini.

 

“Kebakaran di pusat Pelupusan Sampah Jalan Jabor telah mengakibatkan jerebu yang agak tebal di sekitar dua kilometer dari tempat tersebut.

 

“Ini telah mengganggu penduduk sekitar Gebeng, Balok Makmur dan Balok Perdana.

 

“Daripada tinjauan yang saya buat sebentar mendapati kebakaran masih lagi berlaku dan pihak bomba sedang melakukan pemantauan,”ujarnya.

                       

Menurut Andan, berdasarkan maklùmat dari pengendali pusat tersebut punca kebakaran adalah daripada kerja-kerja pembakaran di kawasan berhampiran dan merebak ke tempat mereka bermula pukul enam petang semalam.  

                    

“Saya harap pemantauan terhadap tapak-tapak pelupusan haram dibuat serta tindakan diambil bagi mengawal daripada berulangnya perkara yang sama.”

 

Sementara itu, pihak bomba memaklumkan, kebakaran berlaku awal malam semalam itu berpunca daripada bara api dari sebuah tapak pelupusan haram berhampiran yang merebak.

 

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng, Mohd Haniff Sulaiman berkata, kebakaran melibatkan kawasan seluas 1,600 meter persegi dan kini masih dalam tindakan pihaknya.

 

 

Menurutnya, kawasan kebakaran ditimbus dengan pasir bagi mengawal dan memadam api daripada terus merebak.

 

Operasi melibatkan 8 anggota dan kini masih dalam tindakan dan pemantauan.

 

Andan mendapatkan maklumat dan taklimat daripada pegawai bomba yang bertugas.