Rab07262017

Last updateRab, 26 Jul 2017 4pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Sabah 30 ahli baru sertai PAS di Kota Kinabalu

30 ahli baru sertai PAS di Kota Kinabalu

Alhamdulillah dalam Mesyuarat Agung baru-baru ini, PAS Kota Kinabalu menerima permohonan ahli baru seramai 30 orang. Permohonan disampaikan oleh YDP Kota Kinabalu, Ustaz Zulfikar kepada perasmi Mesyuarat Agung PAS Kota Kinabali Kali ke tiga iaitu Ustaz Fadli Ghani. 

Mesyuarat Agung PAS Kota Kinabalu kali ke 3 telah berlangsung pd 19.3.2017 yang lalu. PAS Kota Kinabalu merupakan kawasan yang baru di Sabah. Ianya ditubuhkan pada 2015 dengan keahlian seramai 300 orang.

Dalam Mesyuarat Agung baru-baru ini menyaksikan sedikit perubahan pada jawatankuasanya. YDP kekal disandang oleh Ustaz Mohd Zulfikar Ab Mijan. TYDP oleh Dr. Nordin Sakka. NYDP oleh Ustaz Farhan Abdullah serta 16 Ahli Jawatankuasa.  

Menyedari hakikat bumi Sabah merupakan bumi yang subur dengan dakwah maka PAS Kota Kinabalu akan terus melangkah menggerakkan ahli dengan program-program dakwah, kebajikan serta isu-su rakyat bersama masyarakat setempat.

Semoga Sabah aka terus Istiqamah bersama PAS hingga satu hari Islam akan tertegak di bumi bertuah ini.