Sel07252017

Last updateIsn, 24 Jul 2017 11pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Sabah Riang Ria Hari Guru

Riang Ria Hari Guru

Tawau : PAS Kawasan Kalabakan telah meraikan para guru dengan mengedarkan kek ke beberapa buah Sekolah sempena sambutan Hari Guru 16 Mei tahun ini.

Kunjungan ke sekolah - sekolah telah diwakili oleh Yang Dipetua PAS Kawasan Kalabakan Tuan Hj Ahmad Dullah, Naib Yang Dipertua PAS kawasan Kalabakan merangkap Penyelia DUN Tanjung Batu , Usman Madeaming, Ketua Urusan Ulama Kawasan Kalabakan Ustaz Roslan Ramli , Ketua Cawangan Pas Umas-Umas, Hj Norbin Aloh. Turut hadir Ketua Pemuda Pas Kawasan Kalabakan, Razman Roslee beserta ahli jawatankuasanya dan wakil dari Dewan Muslimat Pas Kawasan Kalabakan, Puan Norjannah Jamjam beserta ahli jawatankuasanya.

Para guru dan Pentadbir sekolah menyambut baik kunjungan PAS Kawasan Kalabakan dengan penuh rasa gembira dan merakamkan ucapan terima kasih atas ingatan tulus ikhlas daripada PAS Kawasan Kalabakan.


Puisi ini buat Mu Guru

"Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malamnya
adalah perjuangan
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyuman dan takwa

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

Ertinya, Guru merupakan pembimbing generasi masa hadapan dalam merealisasikan ummah (pelajar) yg berakhlak.

PAS Kawasan Kalabakan merakamkan penghargaan kepada para pendidik yang sentiasa istiqomah dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab yang di berikan