Ahd09242017

Last updateSab, 23 Sep 2017 10pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Sabah PAS Tawau Solat Hajat Mohon Kesembuhan Tuan Guru Presiden

PAS Tawau Solat Hajat Mohon Kesembuhan Tuan Guru Presiden

Tawau - PAS Kawasan Tawau telah mengadakan solat Hajat Perdana bagi memohon kesembuhan Tuan Guru Presiden Haji Abdul Hadi Awang yang menjalani pembedahan mengganti injap jantung di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Solat hajat ini diimamkan oleh Ustaz Abu Amin Hasani,  dihadiri oleh Ajk PAS Pusat Tuan Muhamad Hussin merangkap Ydp PAS Kawasan serta para ajk dan ahli PAS kawasan, Dewan Urusan Ulamak , Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat .

Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau Ustaz Riduwan Sirajuddin melahirkan rasa bersyukur dengan program tersebut kerana dapat dilaksanakan dengan sokongan daripada semua ajk dan ahli. Beliau amat berharap  pembedahan ke atas Tuan Guru dipermudah oleh Allah swt dan dapat berjalan lancar. Semoga Tuan Guru sembuh seperti sediakala seterusnya dapat menyambung bakti kepada ummah.

 

  • p