Rab05242017

Last updateRab, 24 Mei 2017 10am

Back Utama Artikel PAS Negeri Sabah Majlis Tahlil Perdana PASTI Sandakan erat silaturahim.

Majlis Tahlil Perdana PASTI Sandakan erat silaturahim.

 

 

SANDAKAN :  Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Sandakan telah mengadakan Majlis Tahlil Perdana semalam yang menghimpunkan kira-kira seratus orang.

Majlis yang diadakan dengan semangat silaturahim tersebut diadakan di PASTI Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Taman Grandview.

Menurut Timbalan Pengerusi PASTI Sandakan, Heryanto Baharuddin, selain bertujuan untuk membacakan doa kepada si mati, majlis ini juga diadakan untuk merapatkan persaudaraan dikalangan warga PASTI.

Tambahnya, program ini merupakan aktiviti tahunan PASTI yang diadakan setiap bulan Sya'ban disamping tanda kesyukuran sempena kehadiran bulan Ramadan yang bakal tiba.

Heryanto turut merakamkan jutaan penghargaan kepada ibubapa yang hadir kerana sanggup mengorbankan masa dan harta yang ada untuk manfaat PASTI.

JAMUAN SELEPAS MAJLIS

"Pihak PASTI mengharapkan ibubapa sentiasa terus menyokong dan sentiasa memilih PASTI sebagai pilihan utama ibubapa untuk mendapatkan pendidikan awal anak-anak," kata Heryanto lagi.

Selain itu, tazkirah ringkas daripada penceramah jemputan juga diadakan sebagai peringatan buat semua yang hadir.