Rab05242017

Last updateRab, 24 Mei 2017 9pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Sabah Guru dan jururawat diraikan oleh PAS Batu Sapi.

Guru dan jururawat diraikan oleh PAS Batu Sapi.

 

SANDAKAN : PAS Batu Sapi hari ini yang diketuai oleh Naib Yang Dipertuanya, Norsah Bongsu telah meraikan guru dan jururawat sempena Hari Guru dan Hari Jururawat yang berlangsung baru-baru ini.

Norsah yang juga merupakan Ketua Muslimat PAS Sabah bersama AJK PAS Batu Sapi telah mengunjungi beberapa buah sekolah di Parlimen Batu Sapi serta klinik di Jabatan Pesakit Luar dan Hospital Duchess of Kent.

NORSAH MENYERAHKAN KEK KEPADA KETUA JURURAWAT

Kehadiran mereka dengan membawa kek dan buah tangan lain disambut mesra serta ceria oleh para guru dan jururawat yang menerima kunjungan tersebut.

Menurut Norsah, kunjungan seperti ini merupakan aktiviti tahunan PAS Batu Sapi sebagai tanda penghargaan mereka terhadap profesion perguruan dan jururawat.

Katanya lagi, masyarakat seharusnya menghargai guru dan jururawat yang terkenal dengan pengorbanan mereka untuk mendidik dan merawat anak bangsa tanpa mengenal susah payah.

Tambahnya, penghargaan dan majlis seperti ini bukan sahaja perlu diadakan pada hari tertentu tetapi juga pada setiap masa sebagai tanda masyarakat tidak melupakan dua kumpulan besar dalam masyarakat ini.