Rab05242017

Last updateRab, 24 Mei 2017 9pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Sabah PAS Putatan ziarah keluarga mangsa kebakaran Kg. Petagas

PAS Putatan ziarah keluarga mangsa kebakaran Kg. Petagas

PAS Putatan ziarah mangsa kebakaran Kg. Petagas

PUTATAN: PAS Kawasan Putatan telah menziarahi mangsa insiden kebakaran yang berlaku di Kampung Petagas pada Rabu lalu sekitar jam 4.30 pagi.  Kejadian berlaku pantas melibatkan sebuah kedai runcit dan 4 buah rumah yang dipercayai berpunca dari litar pintas.

Dalam kejadian itu, seorang mangsa cedera dengan hampir 20 peratus lecuran pada bahagian badan namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan.

Atas keprihatinan, PAS Kawasan Putatan telah menyerahkan sumbangan kepada 4 buah keluarga terlibat kebakaran bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga mangsa.