Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Artikel PAS Negeri Sabah PAS TAWAU AGIH SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI KG HIDAYAT

PAS TAWAU AGIH SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI KG HIDAYAT

 

 

Tawau 2 Julai : PAS Kawasan Tawau, melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan telah mengagihkan sumbangan makanan serta barang keperluan harian kepada lebih 1000 mangsa kebakaran kampung hidayat batu 4 tawau pagi tadi.

Seawal jam8.00 pagi lagi seramai 35 orang anggota Jabatan Amal Malaysia Zon Tawau membantu membersihkan tapak kebakaran dan mendirikan khemah khas bagi pusat pengumpulan barang barang sumbangan dan memudahkan mangsa kebakaran untuk mendapatkan bekalan air bersih dan makanan.

Sejumlah 250 buah rumah yang melibatkan seramai 1500 penduduk Kg Hidayat musnah dalam kebakaran pada 1 Julai/7 Syawal 

Turut berada di tapak kebakaran ialah YDP PAS Kawasan Tawau Mohamad Bin Husain dan NYDP PAS Kawasan Tawau, Daud Jalaludin.

Menurut YDP PAS Tawau, beliau mewakili  PAS Kawasan Tawau merakamkan takziah  kepada semua mangsa kebakaran.

" Syukur kehadrat Allah SWT  kerana tiada berlaku kemalangan jiwa ". Katanya ketika ditemui di khemah pengumpulan barang PAS Kawasan Tawau.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Ustaz Abu Amin mengucapkan terima kasih kepada semua badan NGO, Persatuan Pengakap, serta seluruh masyarakat tawau yang turut sama membantu mangsa kebakaran. Semoga bantuan ini dapat meringankan lagi beban keluarga dalam menyambut syawal di mana hari kemenangan kita sebagai umat islam setelah sebulan kita berpuasa. 

Beliau berkata bahawa Dewan Pemuda PAS sentiasa komited dan berusaha untuk melaksanakan khidmat kebajikan kepada rakyat semampunya dan berharap agar semua mangsa tabah menghadapi ujian di bulan syawal ini.

Turut hadir sama ajk Dewan Pemuda PAS Bersama ajk Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau.

 

( Lajnah Penerangan & Media Baru DPPKT )